Polis Tahan Enam Individu Disyaki Menculik, Tuntut Wang Tebusan RM7 Juta

18 Jul 2026 • 5:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Polis Tahan Enam Individu Disyaki Menculik, Tuntut Wang Tebusan RM7 Juta

Polis Tahan Enam Individu Disyaki Menculik, Tuntut Wang Tebusan RM7 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang diculik dalam tempoh kurang 48 jam dan menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai menuntut wang tebusan sebanyak RM7 juta dalam operasi khas di Selangor awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata operasi itu dilancarkan selepas pihaknya menerima laporan isteri mangsa yang berusia 46 tahun pada 1.30 pagi semalam.

Baca juga:

"Hasil kerjasama JSJ Bukit Aman dan JSJ Kontinjen Selangor berjaya menyelamatkan mangsa dalam tempoh kurang 48 jam di sebuah unit kediaman di kawasan I-City, Shah Alam, Selangor pada 1 pagi tadi.

"Dalam operasi terbabit, polis turut menahan lima lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 46 tahun untuk siasatan lanjut dan direman selama 10 hari mengikut Seksyen 12 Akta Penculikan 1961,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai jenis dadah, telefon bimbit dan beberapa kenderaan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti jenayah itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dan Akta Dadah Berbahaya 1952

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved