Polis tahan wanita bantu siasatan kes buang bayi

17 Oct 2026 • 9:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis tahan wanita bantu siasatan kes buang bayi
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi di dalam longkang di kawasan perumahan Padang Setengge, petang semalam.

KUALA BERANG - Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi di dalam longkang di kawasan perumahan Padang Setengge dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, suspek, yang berumur 23 tahun, ditahan pada jam 3.30 petang di rumahnya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, penahanan itu telah mendedahkan kelahiran dan penglibatan suspek dalam kes berkenaan sekali gus membolehkan penyelesaian kes dalam tempoh 24 jam.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pakar Patologi Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah pagi tadi mendapati mayat bayi adalah cukup bulan dan mati lebih daripada 24 jam dari masa diperiksa, iaitu jam 9 pagi.

"Bagaimanapun, bayi tersebut tidak dapat dipastikan sama ada lahir hidup atau mati, begitu juga sebab kematian... jantina bayi juga tidak dipastikan," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Bernama semalam melaporkan seorang wanita menjumpai mayat seorang bayi tanpa beberapa anggota badan di dalam longkang ketika membasuh pakaian di belakang rumah di kawasan perumahan Padang Setengge, Kuala Berang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved