Polis teliti rakaman CCTV kes wanita disimbah petrol

10 Aug 2026 • 4:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

tahanan

tahanan

KUALA LUMPUR: Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong di sini bagi mengesan pergerakan suspek yang menyimbah cecair disyaki petrol terhadap seorang wanita semalam. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Jasni Zolpa berkata, pihaknya telah mengambil rakaman CCTV dari kawasan sekitar kejadian bagi meneliti pergerakan suspek sebelum dan selepas kejadian..

“Rakaman CCTV telah kita kumpulkan dan kini dalam proses penelitian. Identiti suspek serta motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan keadaannya kritikal tetapi stabil.

Media semalam melaporkan seorang wanita warga emas melecur 50 peratus selepas disimbah cecair disyaki petrol sebelum dibakar seorang lelaki tidak dikenali di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong di sini, semalam

Jasni dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan melalui MERS999 kira-kira 8 pagi berhubung kejadian itu.

Katanya, mangsa berusia 62 tahun yang bekerja sebagai penjaga kaunter mengalami kecederaan melecur kira-kira 50 peratus di seluruh badan.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan kini menerima rawatan. Keadaan mangsa dilaporkan kritikal namun stabil.

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai musuh dan tidak pernah menerima apa-apa ancaman sebelum ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana perbuatan dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan benda berbahaya.- UTUSAN 

The post Polis teliti rakaman CCTV kes wanita disimbah petrol appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved