Polis tingkat rondaan susulan rompakan kedai emas Pahang

22 Aug 2026 • 5:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis tingkat rondaan susulan rompakan kedai emas Pahang

Pemangku Ketua Polis Pahang Azry Akmar arah rondaan lebih kerap di kedai emas tanpa pengawal keselamatan selepas rompakan Kuantan dan Bentong.

KUANTAN: Polis meningkatkan kekerapan rondaan susulan dua kes rompakan kedai emas yang berlaku dalam minggu ini di Pahang.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata tumpuan diberikan di kedai menjual barang berharga berkenaan yang berada di kawasan rumah kedai, tepi jalan selain premis yang tidak mempunyai pengawal keselamatan.

“Ketua Polis Daerah telah diarahkan supaya mengadakan rondaan di kawasan terbabit dengan lebih kerap sebagai langkah pencegahan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya mendapati kebanyakan kedai emas yang mempunyai operasi lebih kecil, dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) yang tidak berfungsi atau sekadar dummy yang dilihat menyukarkan pihak polis mendapatkan rakaman yang boleh membantu siasatan sekiranya berlaku kejadian jenayah.

Semalam, sejumlah barang kemas yang dianggarkan berjumlah RM500,000 dilarikan empat suspek bersenjatakan parang dan objek menyerupai senapang patah (pump gun) di sebuah kedai emas di Taman Pandan Damai, di sini.

Sebelum ini, sebanyak 81 barang kemas pelbagai jenis seberat 2.5 kilogram bernilai RM1.74 juta dilarikan tiga lelaki bersenjatakan kapak dan kuku kambing dari sebuah kedai emas di pusat beli-belah Sky Avenue, Genting Highlands, Bentong pada 17 Ogos.

Sementara itu, Azry Akmar berkata siasatan awal mendapati dua kes rompakan berkenaan tidak mempunyai kaitan dan melibatkan suspek berbeza.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihak polis masih lagi memburu mereka yang terlibat dalam kes terbabit,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved