Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (6 September), tular di media sosial tangkap layar kenyataan seorang individu di TikTok yang mendakwa sudah tiga hari azan Subuh tidak kedengaran di surau atau masjid di Bangi.
Apa yang menjadi perhatian adalah individu berkenaan mengaitkan keadaan itu dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mengkritik malah mahu Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan tampil memberi kenyataan berhubung isu terbabit.
View on Threads
Syahredzan Sifatkan Dakwaan Individu Tentang Tiada Azan Di Bangi Politik Sampah
Hari ini (7 September), Syahredzan yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP menyifatkan kenyataan individu berkenaan sebagai satu tuduhan yang cukup jahat.
Perkara itu dikongsikan olehnya dalam satu hantaran di Threads @syahredzanjohan.
Menerusi hantaran terbabit, Syahredzan mempersoal individu berkenaan butiran terperinci tentang dakwaan tersebut.
Malah, dia turut menyifatkan tohmahan yang dibuat oleh individu berkenaan sebagai taktik politik yang kotor.
“Ada individu di TikTok dakwa bahawa di Bangi, azan tidak berkumandang sudah tiga hari.
“Juga kaitkan dengan DAP. Tuduhan yang cukup jahat. Masjid mana, surau mana di Bangi?
“Apa tujuan buat tohmahan seperti ini? Politik sampah!” tulisnya.
Syahredzan Turut Kongsi Pautan Kenyataan Individu Namun Sudah Di Padam
Malah, Syahredzan turut memuat naik pautan dipercayai hantaran yang dibuat oleh individu terbabit.
Namun, hasil semakan kami mendapati pemilik akaun tersebut telah pun memadam hantaran berkenaan.
Menerusi hantaran sama, Syahredzan turut berkongsi tangkap layar hantaran yang dibuat serta komen individu terbabit terhadap beberapa pengguna lain yang menafikan dakwaannya.
“Sudah 3 hari azan Subuh tidak kedengaran dari surau dan masjid berdekatan. Adakah tempat lain sama juga?
“Jika betul azan didiamkan, tanda buruk dekat sangat dah,” tulis pengguna itu.
Malah, menerusi tangkap layar komen di TikTok yang dikongsikan, kelihatan individu terbabit turut membalas kenyataan warganet lain dengan mengaitkan keadaan tersebut dengan Parti DAP.
View on Threads
Warganet Mahu Syahredzan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu
Perkongsian Syahredzan mengenai isu terbabit nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan mengkritik tindakan individu terbabit.
Malah, ada segelintir warganet yang mencadangkan agar Syahredzan mengambil tindakan undang-undang atas dakwaan yang dibuat yang dilihat boleh mengganggu ketenteraman awam.
Pada masa sama, ada juga warganet yang turut berkongsi keadaan sebenar di Bangi di mana azan sentiasa berkumandang.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Saman Fitnah La YB. Sampai Bila Nak Biarkan, Jangan Baik Tak Bertempat”

“Bila Ramai Tanya Bangi Area Mana, Langsung Tak Jawab, Padahal Bangi Majoriti Melayu”

“Report Polis YB, Nampak Sangat Menimbul Sangkaan Jahat Yang Boleh Mengganggu Ketenteraman”

Baca Artikel Berkaitan: Bilal Mohon Maaf Tak Sengaja Laung Azan Maghrib Awal 4 Minit
Baca Artikel Berkaitan: Reaksi Individu Bukan Muslim Setiap Kali Terdengar Azan Raih Perhatian [Video]




![‘Apa Manusia Bagi, Laut Pulangkan Semula’ – Wanita Kecewa Pantai Teluk Bayu Dipenuhi Lampin Pakai Buang Kotor [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/masih-ramai-tiada-kesedaran-buang-sampah-di-pantai-735x1024.jpg?t=1788774991)