Port Baru ‘Ngopi’, Anda Wajib Singgah Ke HWC Coffee Di Tabuan Tranquility

26 Apr 2023 • 11:42 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Peminat kopi wajib singgah ke HWC Coffee ini!

Port Baru ‘Ngopi’, Anda Wajib Singgah Ke HWC Coffee Di Tabuan Tranquility. Jika anda suka mencuba kopi yang istimewa dan berkualiti tinggi, maka HWC Coffee di Tabuan Tranquility, Kuching adalah port yang wajib korang singgah!

Dengan slogannya ‘To Discover, To Satisfy’, kedai kopi ini menawarkan pelbagai jenis kopi yang pasti memuaskan selera anda.

HWC Coffee Malaysia kini membuka cawangan terbarunya di Tabuan Tranquility dan untuk meraikan pembukaannya, mereka menawarkan promosi menarik. Bermula 26 hingga 28 April ini, jangan lepasakan peluang anda untuk mendapatkan tawaran beli-satu-percuma-satu.

image is not available
Port Baru ‘Ngopi’, Anda Wajib Singgah Ke HWC Coffee Di Tabuan Tranquility. Kredit: HWC Coffee

Ruangan kedai pun best!

Selain kopi yang istimewa, HWC Coffee juga menawarkan pengalaman ‘mengopi’ yang unik dan menyenangkan. Anda boleh menikmati suasana yang tenang dan nyaman di kedai kopi ini sambil menikmati kopi kesukaan anda.

image is not available

Jangan lepaskan peluang anda nikmati tawaran beli satu percuma satu!

Jadi, sama ada anda seorang penggemar kopi atau sekadar mencari pengalaman ngopi yang tidak dapat dilupakan, jangan lepaskan promosi dan tawaran menarik dari HWC Coffee Malaysia.

image is not available

Jadikan kedai kopi ini destinasi wajib anda lawati seterusnya dan nikmati kopi yang istimewa dan berkualiti tinggi di Kuching!

Lokasi: TT3, bersebelahan Subway
Isnin – Jumaat: 8AM-10PM
Sabtu & Ahad: 8:30AM-10PM

Baca lagi artikel menarik: