Menyajikan Aneka Menu Menarik, Anda Wajib Cuba Spaghetti Nasi Lemak Di EST Coffee TT3

25 Apr 2023 • 12:23 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anda wajib cuba menu ini!

Menyajikan Aneka Menu Menarik, Anda Wajib Cuba Spaghetti Nasi Lemak Di EST Coffee TT3. EST Coffee merupakan sebuah kedai kopi yang terletak di Jalan Tabuan Tranquility, Kuching. Selain menyajikan minuman kopi yang enak, EST Coffee juga mempunyai aneka menu unik yang pastinya memikat selera pelanggan.

Menggabungkan keunikan dua hidangan popular Malaysia dan Itali, Nasi Lemak Spaghetti pastinya akan memuaskan selera anda. Dengan menggunakan spaghetti al-dente yang dimasak dengan baik dan diperkaya dengan rempah-rempah. Setiap suapan pastinya akan membangkitkan selera anda!

image is not available
Menyajikan Aneka Menu Menarik, Anda Wajib Cuba Spaghetti Nasi Lemak Di EST Coffee TT3. Kredit: EST Coffee

Apa yang menjadikan Nasi Lemak Spaghetti di EST Coffee istimewa adalah potongan ayam goreng yang disajikan bersama spaghetti. Ikan bilis yang garing dan rangup melengkapkan hidangan ini dengan sempurna.

image is not available

Selain daripada itu, EST Coffee juga menawarkan menu-menu yang lain, seperti Gula Apong Matcha Latte, aneka pastri dan sebagainya.

image is not available

EST Coffee juga menawarkan suasana santai yang selesa dan suasana yang mesra pelanggan, menjadikannya tempat yang sesuai untuk menikmati makanan yang lazat dengan keluarga dan rakan-rakan.

EST Coffee @ TT3 NORTHBANK
⏰ 11:30AM-8PM (Selasa – khamis & ahad)
11.30AM-9PM (Jumaat & Sabtu)
Isnin cuti

Baca lagi artikel menarik: