Port Breakfast Legend Di Sarikei, Aik Seng Cafe Jadi Tempat Makan Kegemaran Penduduk Tempatan

8 Mar 2023 • 5:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Port breakfast legend di Sarikei.

Port Breakfast Legend Di Sarikei, Aik Seng Cafe Jadi Tempat Makan Kegemaran Penduduk Tempatan. Sebut sahaja Aik Seng Cafe, pasti seluruh warga Sarikei pasti kenal akan kafe legend ini kan?

Merupakan antara tempat makan paling nostalgia di Sarikei, Sarawak anda perlu cuba makanan di sini!

image is not available
Port Breakfast Legend Di Sarikei, Aik Seng Cafe Jadi Tempat Makan Kegemaran Penduduk Tempatan. Sumber foto: FB Jason Ting

image is not available
Sumber foto: FB Jason Ting

Menu yang anda wajib cuba di sini

Menyediakan pelbagai menu sarapan pagi, menu yang paling wajib untuk dicuba di sini adalah Roti Bakar, Kampua Nipis, Loh Mee, Nasi Lemak Ayam dan juga Laksa Sarawak mereka.

Roti Bakar di sini masih lagi disediakan cara lama iaitu menggunakan dapur arang. Hidangan ini kalau dimakan segera dengan kopi O panas memang mantap!

image is not available
Sumber foto: FB John Ling

image is not available
Sumber foto: FB Nadia Samsudin

Kopitiam warisan keluarga sejak 3 generasi

Kopitiam warisan keluarga sejak 3 generasi lagi ini telah beroperasi dari tahun 1930-an lagi!

Oleh itu, Aik Seng Cafe ini menjadi port sarapan pagi kegemaran serta mengimbau nostalgia buat penduduk Sarikei.

Beroperasi setiap hari, Kopitiam ini buka seawal jam 7 pagi hingga 4 petang. Jadi tunggu apa lagi jomlah kita singgah ke Aik Seng Cafe di Bandar Sarikei!

Lagi port makan menraik di Sarikei untuk anda cuba di sini: