Posting Penuh Misteri Lee Zii Jia Cetus Tanda Tanya Peminat

4 Jul 2025 • 10:06 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas memuat naik satu posting penuh simbolik dan emosi di akaun Instagram miliknya.

Lee Zii Jia timbulkan tanda tanya di kalangan peminat

Tanpa sebarang kapsyen atau penjelasan, Zii Jia berkongsi 10 keping gambar berunsur suram dan penuh metafora, termasuk gambar wajah tanpa identiti (faceless), tubuh seolah-olah terbakar, serta bayangan hitam yang menimbulkan rasa cemas dan tanda tanya.

image is not available

Foto: Carian Google

Posting yang kelihatan seperti luahan emosi dalaman itu segera mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat yang nyatanya berfikir adakah ini sekadar ekspresi seni, atau isyarat tentang kesihatan mental beliau.

Ramai beranggapan bahawa simbol-simbol seperti bayang hitam dan imej terbakar menggambarkan tekanan, keletihan dalaman, atau mungkin rasa hilang diri seperti elemen yang sering dikaitkan dengan gejala awal kemurungan.

image is not available

Foto: IG leeziijia

Lee Zii Jia sememangnya dikenali sebagai seorang yang jarang berkongsi hal peribadi, namun beban sebagai atlet profesional bukan satu perkara ringan.

Dalam dunia sukan yang penuh harapan, kritikan, dan persaingan tinggi, tekanan mental sering tersembunyi di balik pencapaian dan senyuman di podium.

image is not available

Foto: IG leeziijia

Kini dengan postingan tersebut, ia sedikit sebanyak timbul persoalan adakah Zii Jia sedang cuba menyampaikan sesuatu atau mungkinkah ini sekadar satu karya seni visual yang tidak berkait langsung dengan keadaannya.

Apa pun tafsirannya, jelas bahawa ramai peminat mula menyuarakan kebimbangan dan sokongan moral kepada wira badminton negara ini.

image is not available

Foto: IG leeziijia

Dalam era di mana kesihatan mental semakin diberi perhatian, luahan dalam bentuk visual seperti ini patut diambil serius, atau sekurang-kurangnya diberi ruang untuk diteliti dengan empati.

Sumber: Instagram @leeziijia