PPM Sandakan rampas rokok seludup, minyak masak bersubsidi

16 Aug 2026 • 11:20 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

PPM Sandakan rampas rokok seludup, minyak masak bersubsidi

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah terus memperhebatkan risikan, pemantauan dan penguatkuasaan di sekitar Pantai Timur Sabah dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan serta ketirisan barangan kawalan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Ahmad Amri Abd Rahman berkata dalam dua tindakan berasingan pada 13 dan 14 Ogos, PPM Wilayah 4 Sabah berjaya merampas rokok tidak bercukai serta minyak masak bersubsidi bersama sebuah kenderaan dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM226,550.

“Dalam kes pertama pasukan PPM Wilayah 4 Sabah telah menjalankan pemeriksaan di dua buah pondok tidak bernombor di kawasan hutan bakau, Kampung Batu 2 pada 13 Ogos, kira-kira jam 7.10 malam berdasarkan maklumat berkaitan penyimpanan rokok tidak bercukai.

“Hasil pemeriksaan menemukan sejumlah bungkusan yang disimpan di dalam dua buah pondok berasingan yang dipercayai dijadikan stor simpanan sementara bagi mengelakkan kegiatan tersebut dikesan pihak berkuasa.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan berkenaan mengandungi 850 karton rokok putih tidak bercukai jenama Astro Merah yang dipercayai diseludup masuk ke negara ini untuk diedarkan di pasaran tempatan. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM204,000,” katanya.

Mengulas lanjut Ahmad Amri menyatakan PPM W4 sedang mempergiatkan usaha untuk mengesan pembekal dan penjual bagi membenteras kegiatan terbabit secara keseluruhan.

Beliau berkata kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135, Akta Kastam 1967.

Sementara itu Ahmad Amri memaklumkan menerusi kes kedua pada 14 Ogos lalu, kira-kira jam 2.20 pagi, pasukan PPM telah mengesan sebuah kenderaan yang tiba di Kampung Kombo, Jalan Leila sebelum ditahan untuk pemeriksaan.

Jelas beliau pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut menemukan sebanyak 1,020 paket minyak masak satu kilogram yang bersubsidi.

“Seorang lelaki berusia 41 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

“PPM juga merampas sebuah kenderaan jenis Isuzu Trooper berwarna biru yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut. Jumlah keseluruhan rampasan bagi kes kedua dianggarkan bernilai RM22,550 dan kes disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Ahmad Amri berkata kejayaan dua operasi berasingan itu menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM226,550.

Beliau menjelaskan pihaknya akan terus mempertingkatkan risikan, pemantauan dan operasi penguatkuasaan khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah bagi mengekang kegiatan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan serta aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved