Belanjawan 2027 – Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Bagi Peminjam Berpendapatan Di Bawah RM2500

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 4:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Belanjawan 2027 – Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Bagi Peminjam Berpendapatan Di Bawah RM2500

Kementerian Pendidikan Tinggi menerima peruntukan sebanyak RM19.1 bilion seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2027. Daripada jumlah tersebut, RM800 juta diperuntukkan bagi penambahbaikan prasarana, termasuk bilik kuliah dan kediaman mahasiswa, serta bagi menggantikan peralatan yang telah usang.

Image from: Belanjawan 2027 – Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Bagi Peminjam Berpendapatan Di Bawah RM2500

Dalam aspek pembiayaan pendidikan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan kekal sebagai tonggak utama bagi pelajar yang bercita-cita melanjutkan pengajian. Sehubungan itu, kerajaan telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik bagi peminjam yang berpendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan mulai tahun 2027.

Bagi peminjam yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan pula, bayaran balik minimum sebanyak RM50 akan dikenakan. Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 400,000 peminjam PTPTN. Di samping itu, peminjam yang bebas daripada tunggakan serta konsisten membuat bayaran balik akan diberikan diskaun sebanyak 10%.

Kerajaan turut bersetuju untuk memberikan potongan cukai kepada majikan yang menanggung bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja. Insentif ini terpakai bagi bayaran balik yang dibuat antara 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028.

Liputan Belanjawan 2027 di Amanz disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved