Prasarana Berjaya Elak 225,000 Tan Pelepasan Karbon Menerusi Penggunaan Pengangkutan Awam Tahun 2025

LocalEnvironment
29 Jul 2026 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

lrt ft

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) merekodkan kejayaan mengelakkan kira-kira 225,000 tan pelepasan karbon sepanjang tahun 2025 menerusi perkhidmatan rangkaian rel dan bas mereka di Lembah Klang serta Pulau Pinang.

Pencapaian luar biasa itu dijana hasil sokongan purata 1.31 juta perjalanan penumpang setiap hari, sekali gus membuktikan peranan penting pengangkutan awam dalam melestarikan alam sekitar.

Screenshot 2026 07 29 at 12.22.01 PM

Berikut ialah sorotan utama menerusi Laporan Kelestarian Prasarana 2024/2025 bertemakan The City on the Move:

  • Kurangkan Kesesakan: Mengalih kira-kira 377,000 kenderaan persendirian daripada jalan raya pada setiap hari.

hm364sesak 1752876010

  • Impak Positif: Membantu mempertingkat kecekapan tenaga, membaiki kualiti udara bandar, dan mengurangkan jejak karbon.

  • Piawaian GRI: Laporan sulung ini berasaskan Piawaian Inisiatif Pelaporan Global (GRI) bagi memperkukuh amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Mohd Nasir Ahmad menegaskan mobiliti mampan bukan sahaja menangani perubahan iklim, malah menjadi pemangkin kepada kualiti hidup masyarakat. Bagi memperkukuh usaha ini, Prasarana akan meneruskan perluasan penggunaan bas elektrik dan rangkaian rel baharu di masa depan.

Sumber: Prasarana

Sumber: Utusan MalaysiaSumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved