Pratempahan Nintendo Switch 2 Dibuka Di Malaysia- Harga Bermula RM2488

TechnologyGamingDigital
20 Jun 2025 • 10:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam kami laporkan Nintendo Switch 2 akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Julai. Hari ini pratempahan akhirnya dibuka dengan ia dijual pada harga RM2488 untuk satu set konsol dan RM2688 untuk berkas konsol bersama satu permainan Mario Kart World. Senarai lengkap harga permainan dan aksesori lain adalah seperti di bawah.

image is not available

Nintendo Switch 2 hadir dengan skrin 7.9″ LCD dengan resolusi 1080p 120Hz, dijana cip khas NVIDIA yang menyokong DLSS dan Ray Tracing, storan 256GB, dan terdapat dermaga yang boleh meningkatkan paparan ke resolusi 4K apabila disambung kepada TV. Penambahbaikan lain ialah Joy Con yang disambung menggunakan magnet serta boleh digunakan seperti sebuah tetikus.

Pada ketika in Switch 2 telah terjual lebih 3.5 juta unit selepas hanya empat hari dilancarkan sekaligus menjadikannya konsol yang terpantas berjaya mencapai angka jualan ini dalam sejarah. Pratempahan boleh dilakukan menerusi stor rasmi Nintendo Malaysia di Shopee.