Pratempahan siri Realme 13 Pro telah dbuka di Malaysia selepas peranti diacah sejak awal September lalu. Ia boleh dibuat dengan deposit RM13 sahaja bermula sekarang sehingga 19 September 2024. Pembelian Realme 13 Pro+ disertakan hadiah bernilai RM1,237 berupa rebat RM100, Realme Buds T110, jaminan waranti tambahan yang termasuk skrin retak selama dua tahun.

Sementara itu pembelian Realme 13 Pro pula menyediakan hadiah bernilai RM1217 yang termasuk rebat RM100, Realme Buds T101, jaminan waranti tambahan yang termasuk skrin retak selama dua tahun. Harga jualan penuh bagaimanapun masih belum diperincikan pada waktu ini.
Siri Realme 13 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 19 September 2024. Dua model disediakan dengan tumpuan terhadap sistem kamera dipertingkatkan bersama ciri AI terbina untuk penggunaan lebih baik. Persamaan turut dapat dilihat dalam kedua-dua peranti ini apabila sebahagian besar perkakasan dalaman dilihat serupa. Namun tidak bermakna langsung tiada perbezaan diantara keduanya.

Realme 13 Pro+ 5G dilengkapi skrin OLED 6.7″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak maksimum 1200nits. Ia juga dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 2, memori12GB RAM, storan 512GB. Diikuti pula perisian RealmeUI 5.0 berasaskan Android 14 dan bateri 5200mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W sebagai pelengkap. Tri-kamera digunakan terdiri dengan 50MP Sony LYT-600 (periskop) + 50MP Sony LYT-701 (utama) + 8MP (ultra-lebar) OIS. Kamera swafoto pula sebesar 32MP.

Realme 13 Pro 5G turut menggunakan skrin OLED 6.7″ FHD+ 120Hz. Kemudian dipadankan dengan cip Snapdragon 7s Gen 2, memori 12GB RAM, storan 512GB dan bateri 5,200mAh. Sistem pengecasan pula sekadar 45W yang lebih rendah berbanding versi Pro+. Sistem kameranya pula terdiri dengan 50MP Sony LYT-600 (utama) + 8MP ultra-lebar bersama OIS di belakang dan swafoto sebesar 32MP.

