Pre-convo Di Tengah Bukit Bintang, Graduan Kena Hon Cetus Pelbagai Reaksi

12 Nov 2025 • 10:54 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini tular di media sosial apabila penunggang motosikal berkongsi situasi riuh rendah sewaktu berhenti di persimpangan lampu isyarat di tengah-tengah bandar, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Kena hon di tengah jalan

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, memaparkan sekumpulan pelajar daripada institusi pengajian tinggi sedang mengambil foto pra konvokesyen di kawasan lintasan zebra yang menjadi kawasan ikonik semasa lampu isyarat bertukar bewarna merah.

Dalam video itu, graduan tersebut sedang duduk sebaris memanjang sambil melakukan berposing menghadap jurugambar.

Bagaimanapun, tindakan tersebut telah menarik perhatian penunggang motosikal yang menyaksikan kejadian itu menyebabkan rata-rata mereka membunyikan hon masing-masing.

Tidak lama kemudian, pelajar-pelajar terbabit dilihat bangun dan meninggalkan kawasan itu setelah menyedari keadaan berubah menjadi sedikit bising.

image is not available

Sementara itu, jurugambar berkenaan tampil mendedahkan perkara sebenar dan menjelaskan sudah meneliti keselamatan keadaan jalan raya terlebih dahulu sebelum melakukan proses penggambaran.

Menurut jurugambar itu, dia sudah pun meneliti keadaan jalan raya terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk mengambil gambar di tengah jalan.

“Saya yang ambil gambar dan yang ada di tempat kejadian pasti tahu cerita sebenar yang lampu merah ada 48 saat untuk bertukar hijau.
“Hon itu tanda mengusik sahaja, bukannya marah, bagilah peluang untuk pelajar-pelajar ni pre-convo ikut cara mereka,” terangnya.

Menjengah ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa kurang senang melihat sikap penunggang motosikal yang dianggap berlebihan dengan membunyikan hon biarpun gambar itu diambil sewaktu kenderaan sudah berhenti di lampu merah.

Malah ada juga yang menganggap tindakan itu sekadar mahu mengusik sahaja dan memeriahkan suasana namun disalah tafsir oleh pengguna di media sosial.

Ambil gambar waktu lampu merah

image is not available

Mengusik je tu

image is not available

Nak meriahkan suasana

image is not available

Artikel lain: Naib Canselor UiTM Nasihat Graduan Hormati Jubah Konvokesyen

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1.5 juta tontonan dan meraih lebih 76,000 tanda suka.

Sumber: TikTok @ibnujuharii

The post Pre-convo Di Tengah Bukit Bintang, Graduan Kena Hon Cetus Pelbagai Reaksi appeared first on Borak Daily.