Premis Di Terengganu Kibar Bendera Israel Cetus Kemarahan Ramai

20 Oct 2023 • 10:15 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di laman sosial memaparkan sebuah premis di Terengganu bertindak kibar bendera Israel di hadapan kedainya telah mengundang kemarahan ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @sekompo_2u di laman TikToknya, terdapat dua keping gambar yang menjadi bukti kepada insiden tersebut.

Kibar bendera Israel

@sekompo_2u

Sebuah premis di terngganu di kesan mengibarkan bendera israel. pelaku dikatakan telah memohon maaf..

♬ original sound – Rakhmat75 – @RahmatNovie75

Difahamkan, pemilik premis tersebut telah memohon maaf atas kesilapannya dan sudah menurunkan bendera itu.

“Sebuah premis di terngganu di kesan mengibarkan bendera israel. Pelaku dikatakan telah memohon maaf,” ujar pemilik video di ruangan kapsyen.

Motif kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa dan orang ramai diminta untuk terus bersabar tanpa mengambil tindakan sendiri.

image is not available
image is not available

 

Ramai tak puas hati!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluakan rasa tidak puas hati dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemilik premis berkenaan yang tidak menjaga sensitiviti isu terkini.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Boikot kedai tu!

Bukan itu sahaja, ramai mahu memboikot kedai tersebut dan tidak akan memaafkan perbuatan pemilik premis yang seakan-akan sengaja mencetuskan kemarahan terutamanya dalam kalangan umat Islam.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, lebih 3,000 penduduk Palestin dilaporkan telah terkorban dengan lebih 12,000 cedera akibat serangan rejim zionis ke atas Semenanjung Gaza.

Malah, lebih 1,000 kanak-kanak terbunuh dalam 11 hari serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan purata seorang kanak-kanak terkorban setiap 15 minit menjadikan golongan itu satu pertiga daripada jumlah kematian.

Sumber: TikTok @ekompo_2u