Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba nipis dan ringan dengan kemampuan produktiviti dan juga riadah yang serba mampu, Acer Malaysia menampilkan salah sebuah komputer riba terbaru mereka, iaitu Acer Swift Go 16 AI.

Komputer riba ini menampilkan paparan skrin OLED bersaiz 16 inci dengan resolusi 3K dengan nisbah paparan 16:10 (2880 × 1800) yang lebih tinggi, memberi pengguna ruang paparan yang lebih tinggi untuk melakukan pelbagai jenis tugasan dan juga aktiviti-aktiviti lain menggunakan komputer riba ini.

Paparan ini juga mampu mengolah 100 peratus gamut warna DCI-P3 dan hadir dengan teknologi paparan DisplayHDR True Black 500 untuk olahan warna HDR yang bukan sahaja cerah, tetapi jitu. Tidak kira anda menggunakan komputer riba ini untuk tujuan produktiviti di pejabat, kreatif, ataupun untuk memainkan permainan komputer kegemaran anda, paparan pada Acer Swift Go 16 AI ini tidak akan mengecewakan anda.

Untuk prestasi perkomputeran yang terbaik, Acer Swift Go 16 AI dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Ultra 300 “Panther Lake” yang terbaru, termasuklah pilihan model cip pemprosesan Intel Core Ultra X7 358H yang merumahkan 16 teras fizikal yang terdiri daripada empat teras prestasi (Performance), 12 teras cekap (Efficiency) dan 16 bebenang kuasa, bersama-sama dengan cip pemprosesan grafik Intel Arc B390 yang cukup berkuasa untuk menggerakkan banyak permainan-permainan komputer moden hari ini, disamping menyunting video beresolusi tinggi dan juga mengolah objek 3D dengan cekap.

Walaupun komputer riba ini dimuatkan dengan paparan skrin 16 inci yang besar dan cip pemprosesan Intel Core Ultra 300 yang berkuasa, Acer Swift Go 16 AI ini hadir dengan rekaan rangka yang serba nipis dan juga berat yang ringan. Dengan paparan skrin ditutup, komputer riba ini hanya setebal 15.7mm sahaja dengan berat 1.36kg.

Rekaan komputer riba yang serba nipis dan ringan ini masih lagi merumahkan sejumlah palam I/O yang mencukupi untuk pelbagai jenis kegunaan, termasuklah dua palam Thunderbolt 4, dua palam USB 3.2 Type-A, satu palam HDMI 2.1 yang boleh disambungkan ke sebuah paparan skrin dengan resolusi 4K60 dan juga bateri berkapasiti 71WHr yang membolehkan komputer riba ini digunakan selama 24 jam secara berterusan.

Untuk sambungan internet dan peranti nirwayar yang terpantas, Acer Swift Go 16 AI ini juga hadir dengan sokongan untuk sambungan WiFi7 dan Bluetooth 5.4. yang membolehkan anda untuk memasang pelbagai peranti nirwayar pada komputer ini secara sekaligus.

Satu keunikan yang tampil pada komputer riba Acer Swift Go 16 AI ini ialah pad sesentuhnya yang hadir dengan sebuah ciri menarik yang dinamakan Multitouch Trackpad. Ciri ini menukarkan bahagian pad sesentuh ini kepada alat kawalan video yang sedang dimainkan, pada platform-platform seperti YouTube dan platform-platform penstriman video yang lain seperti Play dan Pause, skip, fast forward dan mengaktifkan dan menyahaktifkan mod Full Screen.

Fungsi Multitouch Trackpad ini juga boleh digunakan untuk mengawal pelbagai tetapan dalam sesi telesidang yang sedang berlangsung, khususnya pada platform Google Meet dan juga Microsoft Teams. Pengguna boleh mengaktifkan dan menyahaktifkan mikrofon dan webcam dan membuka menu permesejan teks dengan cepat untuk pengalaman sesi telesidang yang lebih cekap.

Bercakap mengenai fungsi telesidang, Acer Swift Go 16 AI ini juga merumahkan webcam 1080p terbina untuk kualiti rakaman yang cerah dan tajam. Sebagai langkah keselamatan privasi pengguna, webcam ini juga hadir dengan penutup fizikal yang memastikan bahawa kamera anda tidak boleh membuat sebarang rakaman walaupun kamera diaktifkan.






Label AI pada komputer riba ini bukanlah penjenamaan semata-mata. Komputer riba ini hadir dengan beberapa ciri AI terbina seperti:
- Acer PurifiedVoice: Membatalkan bunyi hingar persekitaran dan memastikan hanya suara anda dihantar dari mikrofon komputer riba ke pendengar.
- Acer User Sensing 3.0: Mengimbas wajah anda untuk memastikan anda benar-benar berada di hadapan komputer riba, dan juga boleh digunakan untuk memberi nasihat untuk berehat apabila ia menjejak penggunaan komputer yang lama.
- Acer Intelligence Space: Ini merupakan gedung aplikasi AI dimana anda boleh memuat-turun pelbagai penawaran aplikasi AI yang membolehkan anda untuk menjadikan tugasan-tugasan anda menjadi lebih cekap.
Dengan fungsi AI yang terbina didalam komputer riba Acer Swift Go 16 AI ini, komputer riba ini bukan sahaja tampil dengan ciri-ciri pintar yang lazim, tetapi anda juga mendapat pilihan untuk memilih fungsi-fungsi yang benar-benar mempercekapkan proses produktiviti anda.

Acer Swift Go 16 AI kini ditawarkan oleh Acer Malaysia pada harga RM6999 dan ditawarkan melalui Acer Store dan juga pengedar rasmi Acer Malaysia sekarang.
Penafian: Ini adalah sebuah advertorial oleh Acer Malaysia.






