PRN Johor: Pas pertahan kuasa politik Melayu Islam - Abdul Hadi

LocalPolitics
29 Jun 2026 • 7:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: Pas pertahan kuasa politik Melayu Islam - Abdul Hadi
Abdul Hadi

SHAH ALAM – Pas menetapkan pendirian untuk mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di Johor dan menggerakkan seluruh jentera parti di 11 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Pas Pusat yang diadakan pada Isnin.

"Pas juga akan menyantuni seramai mungkin pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan 'Jom Jaga Johor'.

"Pengundi diseru tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan, termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Selain itu, beliau berkata, Pas juga akan menggerakkan persiapan awal bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.

“Kembali kepada penyelesaian Islam,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved