Umat Islam Wajib Keluar Mengundi, Pilih Pemimpin Melayu Islam & Bukan Islam Yang Tak Ekstrem – Presiden Pas

LocalPolitics
29 Jun 2026 • 5:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Demam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor semakin hangat terasa apabila pada Sabtu (27 Jun) lalu telah berlangsungnya Hari Penamaan Calon.

Ini bermaksud hanya berbaki kurang dua minggu sahaja lagi sebelum tibanya hari mengundi iaitu pada 11 Julai 2026.

Umat Islam Wajib Keluar Mengundi – Presiden Pas

Sebagai seorang muslim, orang Melayu beragama Islam diwajibkan untuk keluar mengundi dalam pilihan raya kerana ia merupakan tuntutan agama dalam memilih pemimpin yang akan mentadbir negara.

Perkara itu dijelaskan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu hantaran di Facebook.

Jelas beliau, amalan demokrasi yang memilih kerajaan menerusi pilihan raya menjadikan proses mengundi itu sebagai mekanisme wajib politik Islam dalam memilih pemimpin.

Tegasnya lagi, kuasa memerintah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab politik Islam yang bertujuan menegakkan pemerintahan, melaksanakan amalan serta menegakkan keadilan menuntut syariat.

“Keluar mengundi dalam amalan demokrasi adalah menunaikan kewajipan memilih pemimpin di tempat masing-masing.

“Para ulama menegaskan, apa-apa yang tidak dapat disempurnakan yang wajib melainkan dengannya, maka hukumnya wajib,” katanya.

Mengundi Jadi Kewajipan Jika Ada Keadaan Mengancam Kedudukan Islam & Umatnya

Katanya lagi, kewajipan keluar mengundi menjadi lebih besar sekiranya terdapat keadaan yang memberi ruang kepada pihak untuk mengancam kedudukan Islam serta umatnya.

Jelas beliau, politik dan agama tidak boleh dipisahkan kerana pentadbiran serta pelaksanaan hukum yang adil adalah sebahagian daripada ajaran Islam.

Malah beliau berpendapat, tanggapan sesetengah pihak menganggap politik adalah satu perkara yang kotor berpunca daripada kejahilan terhadap agama dan pengaruh fahaman sekularisme yang memisahkan urusan politik daripada agama.

“Ramai yang tidak keluar mengundi atau menjual undi sehingga kuasa Islam dirampas. Ada yang berebut jawatan sehingga berpecah-belah yang membawa kelemahan.

“Keluar mengundi juga bertujuan menghantar wakil bagi menjalankan kewajipan amar makruf dan nahi mungkar. Sekiranya tidak ditunaikan, umat boleh ditimpa bala yang besar,” katanya.

Orang Melayu Islam Wajib Bersatu Pilih Pemimpin Islam & Bukan Islam Yang Tidak Ekstrem

Pada masa sama, Abdul Hadi turut menyeru agar masyarakat Melayu Islam bersatu dalam memilih pemimpin Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem.

Tegasnya, pengundi wajib menolak individu dari kalangan bukan islam yang ekstrem menentang agama Islam serta yang merancang untuk menguasai negara dengan bergabung bersama Melayu liberal yang tidak cinta akan agama serta bangsanya.

Ini kerana terang Abdul Hadi, kepimpinan negara perlu menjadikan agama sebagai asas pentadbiran selain memastikan keadilan dapat ditegakkan dalam kalangan masyarakat majmuk.

“Perkara ini bukan bermakna bersikap fanatik terhadap agama dan bangsa kerana Islam mewajibkan berlaku adil kepada seluruh manusia serta memimpin masyarakat pelbagai agama dan kaum.

“Dalam masa sama, penglibatan bukan Islam yang tidak ekstrem adalah dibenarkan,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan Pas menggesa penyokong Perikatan Nasional (PN) untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi calon PN.

Difahamkan, ‘arahan’ itu bagi menghalang kemenangan Pakatan Harapan (PH).

Baca Artikel Berkaitan: Senarai Penuh Calon PRN Johor Ke-16

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor: “Jangan Sombong & Lupa Daratan” – Anwar Ingatkan Semua Berkempen Dengan Sopan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved