PRN Melaka: BN isytihar lepasi garisan menang 11 DUN, dahului 21 kerusi

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 7:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: BN isytihar lepasi garisan menang 11 DUN, dahului 21 kerusi
Asyraf Wajdi

AYER KEROH - Barisan Nasional (BN) mendahului penjumlahan undi di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Perikatan Nasional (PN) pula di tiga kerusi setakat ini.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Pusat Gerakan BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Sabtu malam.

Beliau turut memaklumkan BN sudah melepasi garisan untuk memenangi 11 kerusi DUN berdasarkan penjumlahan undi semasa.

Sebelas kerusi berkenaan ialah Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Sungai Udang, Duyong, Rim, Sungai Rambai, Merlimau dan Machap Jaya.

Pengumuman itu disambut sorakan penyokong yang berada di pusat gerakan berkenaan.

Bagaimanapun, angka tersebut merupakan penjumlahan undi sementara dan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved