PRN Melaka: BN kekal tidak kompromi, pertahan 21 kerusi DUN

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 6:02 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: PRN Melaka: BN kekal tidak kompromi, pertahan 21 kerusi DUN

Barisan Nasional Melaka menegaskan tidak akan berkompromi dan kekal mempertahankan kesemua 21 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

ALOR GAJAH: Barisan Nasional (BN) Melaka akan mempertahankan kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi sebelum ini dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kesemua kerusi itu tidak akan dikompromi dan merupakan syarat paling utama yang perlu dipatuhi mana-mana pihak jika mahu mengadakan kerjasama dengan gabungan itu pada PRN kali ini.

“Kita tidak akan kompromi 21 kerusi, itu kita punya garisan sempadan perbincangan,” katanya kepada pemberita pada Bengkel Penjajaran Hala Tuju Kampung Digital Melaka di sini hari ini.

Menjawab pertanyaan mengenai tiga pemimpin kanan PAS dikatakan akan mengadakan perbincangan dengan beliau minggu ini, Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata beliau mengalu-alukan kedatangan mana-mana pihak untuk mengadakan rundingan.

“Saya mengalu-alukan sesiapa yang hendak datang tetapi asas perbincangan mestilah berdasarkan kepada satu rasional yang cukup munasabah kerana saya tidak boleh hendak menguruskan apa juga keputusan melainkan saya mendapat restu daripada pihak Majlis Tertinggi (MT),” katanya.

Ditanya mengenai ura-ura pembubaran DUN Melaka akan dilakukan pada September ini, Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka berkata ia boleh berlaku pada “bila-bila masa”.

“Pilihan raya ini bila-bila masa sahaja, tak ada masalah… cuma tarikh itu saya belum dapat ilham. Pembubaran akan dibuat bila waktu bubar. Kalau saya beritahu sekarang, tak ada debaran lah,” katanya.

Melaka mempunyai 28 kerusi DUN dan pada PRN Melaka ke-15, BN membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 21 kerusi, diikuti Pakatan Harapan dengan lima kerusi manakala Perikatan Nasional dua kerusi.

Mandat Kerajaan Negeri Melaka akan tamat pada 31 Dis ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved