PRN Melaka: Undi18, pendaftaran pemilih secara automatik cabaran kepada BN

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 6:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Undi18, pendaftaran pemilih secara automatik cabaran kepada BN
Ab Rauf

ALOR GAJAH - Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik menjadi antara cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung bulan depan.

Justeru, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, jentera BN perlu memperkukuh strategi bagi mendekati pengundi baharu ini, dan tidak bergantung kepada kaedah tradisional semata-mata bagi memastikan sokongan terhadap parti itu terus dipertahankan.

"Kalau dulu, kita boleh daftar pemilih, ambil nama-nama pemilih dan simpan dalam bakul kita. Kita boleh tahu, kalau bertanding di sini, kita boleh menang. Tetapi apabila pengundi baharu dibenarkan mengundi, bukan sahaja mereka berusia 18 tahun, malah mereka yang berusia 60 tahun tetapi tidak pernah mengundi juga boleh mengundi.

"Kita tidak tahu siapa mereka dan dari mana datangnya kerana secara automatik mereka menjadi pemilih … akhirnya kita tewas kerusi Parlimen Alor Gajah,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Parlimen Alor Gajah di Dewan Kampung Permai Machap Umboo, di sini hari ini.

Pengerusi BN Melaka itu berkata, walaupun parti menang bergaya pada PRN Melaka yang diadakan pada 2021, namun ia tidak dapat diterjemahkan ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila tewas di keenam-enam Parlimen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari mengundi bagi PRN Melaka pada 14 Nov, manakala penamaan calon pada 31 Oktober dan undi awal pada 10 November.

PRN Melaka yang diadakan pada 2021 menyaksikan BN menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan, sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) (dua kerusi). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved