PRN Melaka: Pemuda UMNO elak kempen negatif, tumpu pendekatan sihat dan profesional

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 5:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Melaka: Pemuda UMNO elak kempen negatif, tumpu pendekatan sihat dan profesional

JOHOR BAHRU: Pergerakan Pemuda UMNO berikrar untuk mengelakkan pendekatan berkempen secara negatif, sebaliknya komited mengamalkan budaya politik matang, sihat dan profesional sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, jentera pemuda akan beri tumpuan kepada memenangi sokongan pengundi berdasarkan rekod pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang cemerlang selama ini.

Menurutnya, medan pilihan raya sepatutnya dijadikan platform menawarkan perkhidmatan terbaik dan bukannya pentas mencari kesilapan atau kesalahan pihak lawan.

“Hari ini saya mengajak dan menyeru jentera pemuda untuk memastikan kita bergerak secara lebih profesional dengan menyuarakan apa yang kerajaan BN telah laksanakan sejak 1957 hingga 2018, dan kini kita diberi mandat semula.

“Kita mahu ceritakan perkara-perkara yang baik supaya rakyat boleh lihat serta nilai bahawa pemuda BN tidak sentiasa menimbulkan spekulasi atau membawa fitnah, sebaliknya mengutamakan keterbukaan secara profesional,” katanya kepada pemberita pada program Hari Waqafpreneur 2026 di Pulai Springs Resort, di sini hari ini.

Mohd. Hairi yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO turut memberitahu, jentera pemuda parti itu daripada kesemua 191 bahagian di seluruh Malaysia akan digerakkan bagi membantu kempen PRN Melaka.

“Pemuda UMNO telah bersiap sedia dan akan menggerakkan sepenuhnya jentera. Seluruh exco Pemuda UMNO serta kepimpinan bahagian telah diberikan tugas masing-masing.

“Jadi kita akan santuni sebaik mungkin masyarakat dan pengundi di Melaka bagi memastikan momentum kemenangan yang bermula di Johor dan Negeri Sembilan diteruskan di Melaka,” katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 14 November depan sebagai tarikh rasmi hari pengundian bagi PRN Melaka ke-16, manakala Hari Penamaan Calon pada 31 Oktober ini.-UTUSAN

The post PRN Melaka: Pemuda UMNO elak kempen negatif, tumpu pendekatan sihat dan profesional appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved