PRN Melaka: Dapatkan permit untuk pasang bahan kempen - MBMB

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 9:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Dapatkan permit untuk pasang bahan kempen - MBMB
MBMB mengingatkan parti politik supaya mendapatkan permit sebelum memasang bahan kempen bersempena dengan PRN Melaka ke-16 - Gambar hiasan

MELAKA - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengingatkan parti politik supaya mendapatkan permit sebelum memasang bahan kempen bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata parti politik juga perlu membuat bayaran deposit iaitu RM5,000 untuk bahan kempen, permit iklan (RM2,000) dan caj pemprosesan (RM50).

Beliau berkata, caj dikenakan supaya semua parti politik mematuhi syarat serta peraturan pemasangan bendera, iklan atau bahan kempen yang ditetapkan MBMB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Antara syaratnya ialah tidak memasang sebarang bahan kempen di persimpangan jalan supaya tidak menghalang pandangan pemandu dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

"Bendera parti politik pula dibenarkan dipasang di tempat-tempat yang sesuai kecuali kawasan larangan seperti premis kerajaan serta aset hak milik kerajaan antaranya balai raya, lampu isyarat dan papan tanda," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Apresiasi Media dan Komuniti MBMB 2026 yang turut dihadiri Setiausaha MBMB, Muhammad Firdaus Shariff.

Shadan berkata, pemasangan bendera atau bahan kempen yang melanggar syarat ditetapkan akan diturunkan oleh anggota penguatkuasa MBMB serta pihak terlibat boleh dikenakan kompaun.

Beliau turut mengingatkan semua parti politik terlibat dengan pilihan raya negeri itu supaya menurunkan bahan kempen dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi.

SPR menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka manakala penamaan calon pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved