MELAKA, 7 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 Nov ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Ramlan Harun.
Ramlan berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 31 Okt, manakala tarikh pengundian awal pada 10 Nov, dengan tempoh berkempen ialah selama 14 hari.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan serta tarikh-tarikh penting PRN Melaka di sini, hari ini.
Berita lanjut menyusul.





