PRN Melaka: Enam hari bersalin, tetap gagahkan diri keluar mengundi

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 11:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Enam hari bersalin, tetap gagahkan diri keluar mengundi
Sharifah Nur Aisyah (kiri) selesai mengundi di SK Seri Duyong, Kota Melaka pada Sabtu.

KOTA MELAKA– Walaupun baru enam hari melahirkan anak dan masih dalam tempoh berpantang, seorang pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong tetap menggagahkan diri hadir ke pusat mengundi bagi menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat.

Sharifah Nur Aisyah Tengku Syed Naharudin, 20, dari Taman Seri Duyong tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong kira-kira jam 8.15 pagi Sabtu, ditemani bapanya, Tengku Syed Naharudin Tengku Syed Shahrudin, 45, yang turut mengundi di pusat berkenaan.

Ibu muda itu berkata, meskipun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak, Astilla Ellara Muhammad Amir Irfan, beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Menurutnya, setiap pengundi perlu menggunakan hak masing-masing untuk memilih calon yang dirasakan mampu mentadbir negeri dan membawa suara rakyat.

“Walaupun dalam pantang, saya rasa sebagai rakyat Malaysia, kita patut memilih calon untuk mentadbir negeri.

“Urusan saya dipermudahkan dan adik tolong jagakan anak sekejap sementara saya keluar mengundi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, bapanya, Tengku Syed Naharudin berkata, beliau berpuas hati dengan layanan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membantu anaknya sepanjang proses berkenaan.

Katanya, petugas SPR bertungkus-lumus datang ke rumah dan membantu membawa anaknya ke pusat mengundi bagi membolehkannya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved