PRN Melaka: Kerjasama HARAPAN-Bersatu mampu gugat lawan, kata penganalisis

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 6:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PRN Melaka: Kerjasama HARAPAN-Bersatu mampu gugat lawan, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) mampu menggugat pihak lawan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menerusi kerjasama politik bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Felo penyelidik ILHAM Centre berkata penjajaran itu penting susulan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk meraih undi terutamanya kelompok pengundi Melayu.

Menurut Mujibu Abd Muis, kerjasama HARAPAN dan Bersatu bukan hanya memberi kelebihan dalam pengagihan kerusi, malah mengurangkan pertembungan sesama parti yang boleh memecahkan undi.

“Saya fikir langkah terbaik untuk HARAPAN menambah kerusi sedia ada adalah dengan membentuk kerjasama yang saya fikir memang Bersatulah. Ini juga bagi mengelakkan pertandingan berbilang penjuru yang akan merugikan HARAPAN dan Bersatu.

“Dalam masa sama, HARAPAN perlu mencari naratif yang tertumpu kepada pengundi akar umbi mereka sendiri terutamanya di kawasan campuran dan urban. Ini termasuklah pengundi muda dan baharu kerana pertambahan signifikan mereka yang meningkatkan demografi pengundi mereka.

“Kalau mereka ini mampu ditarik untuk keluar mengundi jadi mungkin akan membantu kerana ini yang berlaku pada pilihan raya yang lalu,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu, beliau berpendapat kerjasama berkenaan bakal menjadi petunjuk penting terhadap kemungkinan penjajaran politik di Selangor jika berjaya direalisasikan di Melaka.

Jelas Mujibu, kerjasama itu juga berpotensi menggugat pihak lawan menerusi pecahan undi Melayu selain sebahagian strategi HARAPAN untuk mencari titik keseimbangan dalam demografi pengundi.

Pada 24 Oktober, HARAPAN mengumumkan 21 calon bagi menghadapi PRN Melaka, dengan sembilan calon dari Parti Keadilan Rakyat, DAP (tujuh) dan Parti Amanah Negara (Amanah) lima calon.

Bagaimanapun, tujuh daripada keseluruhan 28 kerusi DUN masih belum diumumkan calon, sekali gus membuka ruang kepada kemungkinan kerjasama politik antara HARAPAN dan Bersatu.

PRN Melaka dijadual berlangsung pada 14 November ini, dengan penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November.

Pada PRN 2021, BN memenangi 21 kerusi, HARAPAN lima kerusi, manakala PN sebanyak dua kerusi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved