BERSIH tegur Loke umum bantuan RM1,000 di pentas PH – “Bukan dana parti politik”

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 9:31 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) membidas tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bantuan khas RM1,000 kepada pemandu teksi dalam majlis pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Image from: BERSIH tegur Loke umum bantuan RM1,000 di pentas PH – “Bukan dana parti politik”

Foto: Malay Mail

Memetik laporan Berita Harian, Jawatankuasa Pemandu BERSIH berpandangan, pengumuman menerusi pentas politik boleh mengaburkan perbezaan antara bantuan kerajaan dengan sumbangan parti yang bertanding.

Menurut gabungan itu, sumber pembiayaan bantuan berkenaan merupakan hasil kerajaan dan penggunaannya tidak sewajarnya dipromosikan dalam acara kempen sehingga memberikan kelebihan kepada parti pemerintah.

“Hasil daripada penjualan nombor pendaftaran khas yang digunakan untuk membiayai bantuan ini adalah hasil kerajaan yang sewajarnya dimanfaatkan untuk kebajikan semua rakyat.
“Ia bukan dana milik mana-mana parti politik dan tidak sepatutnya diumumkan atau dipromosikan dalam acara kempen bagi memberikan kelebihan kepada parti pemerintah,” katanya dalam satu kenyataan.

BERSIH turut menegaskan bahawa penjelasan mengenai pemberian bantuan itu kepada penerima di seluruh negara masih tidak menjawab persoalan utama yang dibangkitkan.

Menurutnya, perkara yang dipertikaikan ialah mengapa bantuan kepada pemandu di Melaka dibangkitkan ketika majlis pengumuman calon PH.

Image from: BERSIH tegur Loke umum bantuan RM1,000 di pentas PH – “Bukan dana parti politik”

Foto: Berita Harian

Terdahulu, Loke menolak dakwaan bahawa bantuan khas RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Melaka bertujuan memancing undi menjelang PRN.

Beliau menjelaskan, insentif tersebut meliputi pemandu dalam kategori berkenaan di seluruh negara, sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen.

Pembiayaan bantuan itu diperoleh daripada hasil jualan nombor pendaftaran khas H yang mencatatkan kutipan keseluruhan RM91.21 juta.

Kutipan tersebut turut digunakan bagi membiayai beberapa inisiatif rakyat, antaranya Program MyLesen, pemberian topi keledar percuma serta bantuan kepada pemandu teksi dan kereta sewa.

Sumber: Berita Harian (Noor Atiqah Sulaiman)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved