PRN Melaka: Pengalaman kali kedua mengundi awal selepas habis pantang

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 9:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Pengalaman kali kedua mengundi awal selepas habis pantang
Nurul Atika bersama bayinya yang baru berusia dua bulan hadir menunaikan tanggungjawab mengundi awal.
Image from: PRN Melaka: Pengalaman kali kedua mengundi awal selepas habis pantang
Anggota tentera yang hadir menunaikan tanggungjawab undi awal di SK Terendak 1 pada Selasa.

TANGGA BATU - Ibu yang baharu habis berpantang bersama bayi berusia dua bulan antara yang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1, DUN Sungai Udang pada Selasa.

Seorang isteri anggota tentera, Nurul Atika Syuhada Zainal, 31, berkata, itu merupakan pengalaman kedua mengundi ketika berpantang, yang pertama ketika melahirkan anak keduanya pada 2021.

Menurutnya, walaupun baru habis berpantang selepas melahirkan anak ketiga pada penghujung September lalu, dia tetap berusaha hadir mengundi kerana menganggapnya sebagai satu tanggungjawab.

"Ini kali ketiga saya mengundi, tetapi kali kedua ketika baru melahirkan.

"Anak kedua dahulu pun saya datang mengundi ketika sedang berpantang," katanya selepas selesai membuang undi awal di SK Kem Terendak 1 di sini pada Isnin.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, membuat persiapan sejak awal pagi untuk keluar mengundi bagi mengelakkan cuaca panas.

"Pagi tadi bayi saya agak kurang sihat kerana demam tapi sebab nak pergi mengundi, saya siap awal dan datang pada waktu pagi bagi mengelakkan cuaca panas kerana membawa anak kecil.

"Sementara dua lagi anak saya ditinggalkan di rumah bersama nenek mereka," katanya.

Sebanyak 31 pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dibuka tepat jam 8 pagi pada Selasa bagi membolehkan 12,531 anggota pasukan keselamatan bersama pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka.

**media[3705139]**

Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu membabitkan 9,769 anggota tentera bersama pasangan dan 2,762 anggota polis.

Empat pusat mengundi awal bagi anggota tentera membabitkan 2,850 pengundi di SK Kem Terendak 1, diikuti 2,660 di SK Terendak 2, 2,189 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak dan 1,584 di Dewan Kem Sungai Udang Ramli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved