PRN Melaka: Pengundi sudah membuat pilihan, berhemah ketika berkempen – Ahmad Zahid

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: Pengundi sudah membuat pilihan, berhemah ketika berkempen – Ahmad Zahid

 

 

ISTANBUL – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan jentera parti khususnya di peringkat akar umbi supaya lebih berhemah dan bijaksana sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ahmad Zahid berkata, beliau mendapati kempen pilihan raya bukan sahaja semakin sengit antara kedua-dua pihak, malah turut menyaksikan pertelingkahan yang sepatutnya tidak berlaku.

“Walaupun kedua-dua pihak sudah menjelaskan isu titik bengik yang tiada kaitan dengan PRN Melaka tidak sepatutnya dibangkitkan, namun perkara itu tetap dibangkitkan.

“Bagi saya dan pengerusi gabungan di pihak satu lagi, kami amat menghormati perkara yang sudah dipersetujui bersama.

“Walaupun tiada perjanjian rasmi, persefahaman itu tetap penting.

“Saya ingin mengingatkan semua pihak, khususnya jentera parti dan petugas kempen di peringkat akar umbi, supaya lebih berhemah ketika menjalankan kempen,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pramajlis sempena lawatan kerja empat harinya ke Turkiye.

Beliau mengulas perkembangan kempen PRN Melaka yang bakal memasuki minggu kedua.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan laporan bebas, pengundi di semua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka dipercayai sudah membuat keputusan berhubung calon serta gabungan yang akan mereka pilih.

Sehubungan itu, beliau berpandangan kempen secara berlebihan tidak akan mengubah pandangan atau keputusan yang sudah dibuat oleh pengundi.

Pada PRN kali ini, BN bertanding di 23 daripada 28 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) bertanding di baki lima kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November.

The post PRN Melaka: Pengundi sudah membuat pilihan, berhemah ketika berkempen – Ahmad Zahid appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved