PRN Melaka: PKR bincang dengan BN

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 2:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: PKR bincang dengan BN

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggerakkan perbincangan politik dengan Barisan Nasional (BN) sebagai persediaan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kelak.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Pengerusi PKR Negeri Melaka, Adam Adli turut memaklumkan kepada beliau berhubung beberapa perbincangan yang telah diadakan di peringkat negeri.

“Memandangkan kita belum tahu bila DUN (Dewan Undangan Negeri) akan dibubar dan bila pilihan raya, tempoh kempen akan berlangsung, maka persiapan parti adalah kenal pasti calon dan kerusi.

“Mengadakan perbincangan semua pihak termasuk rakan BN yang mana Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh telah menyatakan keterbukaan berbincang dengan mana-mana parti.

“Kita juga sambut baik kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Pengerusi BN) mengenai keterbukaan BN berbincang bukan hanya di Melaka, tapi juga kerusi peringkat Persekutuan,” katanya pada Program Ekspresi Jalur Gemilang Japen@Petronas di Stesen Petronas NPE Pantai Dalam hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung persiapan dalam menghadapi PRN Melaka akan datang.

Fahmi berkata, PKR juga menyerahkan kepada Naib Presidennya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden serta Pengarah Bersama Pilihan Raya PKR, Datuk Seri Amirudin Shari untuk sebarang perbincangan tersebut.

Sementara itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, pihak kementerian memberi perhatian terhadap capaian jaringan internet yang memuaskan di setiap pusat mengundi pada PRN Melaka dalam memastikan kelancaran proses pengundian dan urusan berkaitan pilihan raya.

Katanya, beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keperluan internet di pusat mengundi untuk diketahui dan diuruskan segera.

“MCMC di Johor dan Negeri Sembilan (semasa PRN sebelum ini) telah pastikan hampir setiap pusat mengundi mempunyai capaian internet yang memuaskan.

“Mungkin bukan untuk semua telco, tapi untuk hampir kesemua. Jadi kita akan lakukan perkara sama untuk negeri Melaka berhubung persiapan urusan internet ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post PRN Melaka: PKR bincang dengan BN appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved