PRN Melaka: PN tanding lebih empat kerusi

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 8:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: PN tanding lebih empat kerusi
PN mengesahkan akan bertanding lebih empat kerusi dalam PRN Melaka, bulan depan.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengesahkan akan bertanding lebih empat kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

"(PRN) Melaka, kita sudah ada perbincangan peringkat awal, peringkat draf pertama.

"Tetapi saya jangka dalam masa terdekat ini akan dimuktamadkan menerusi perbincangan dengan UMNO dan BN,” katanya ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan 2027 di pekarangan lobi Parlimen, pada Jumaat.

Sebelum ini beliau yang juga Timbalan Presiden Pas dilapor memaklumkan, PN dan Pas dijangka bertanding antara tujuh hingga 10 kerusi pada pilihan raya berkenaan.

Selain itu Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut memaklumkan, gabungan tersebut dan UMNO sudah mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi serta merangka asas kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum ini turut dilapor berkata, parti itu bersedia membuka ruang rundingan bagi pertukaran kerusi dengan rakan sefahaman politik pada pilihan raya yang dijadualkan pada 14 November depan, namun jumlah 21 kerusi yang dimenangi pada 2021 itu tetap perlu dipertahankan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved