PRN Melaka: Puasa, sembahyang khas demi YB Duyong dipilih semula

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 8:57 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: Puasa, sembahyang khas demi YB Duyong dipilih semula

MELAKA – Sanggup berpuasa dan mengadakan sembahyang khas, seorang penyokong dikenali sebagai ‘Thiru’ mendoakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem dipilih semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menerusi perbualan yang dikongsikan oleh Mohd. Noor Helmy di media sosial, Thiru memaklumkan dia melakukan perkara itu sebagai tanda sokongan agar wakil rakyat pilihannya diberi peluang menjadi Exco penuh Kerajaan Negeri Melaka dalam pentadbiran baharu.

Perkongsian itu dibuat semalam selepas kerajaan negeri mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRN Melaka ke-16.

“Semalam saya puasa dan buat sembahyang khas untuk YB. Supaya YB boleh dipilih lagi sebagai calon DUN Duyong serta YB menang pilihanraya ini dan jadi Exco penuh.

“Saya percaya doa saya mesti akan jadi,” tulisnya dalam mesej dipercayai melalui aplikasi WhatsApp beserta beberapa keping gambar memaparkan dia berada di rumah ibadat.

Dalam hantaran sama, Mohd. Noor Helmy turut menzahirkan penghargaan terhadap sokongan serta nilai persaudaraan yang diberikan Thiru kepadanya.

“Terima kasih bang. Abang Thiru tak pernah berhenti percaya pada saya. Terima kasih atas persaudaraan ini,” tulis beliau.

Hantaran berkenaan turut menerima lebih 7,000 tanda suka dan ratusan respons daripada pengikutnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang, dengan sebahagiannya menyatakan sokongan serta harapan terhadap Mohd. Noor Helmy.

“Dah cukup jadi YB.Time to look at federal YB. Parliament and minister. Ramai akan dapat manfaat. Time to YB consider. Ofcz Umno kena look his potential.Berkaliber,” tulis Jay C Theasihan.

“Bro YB Noor Helmy, memang antara YB yg terbaik di kalangan Adun di Melaka. Syabas bro,” tulis Lau Hock Sen.

“YB dah tak sesuai jadi wakil ADUN lagi. Saya nak nobatkan YB untuk kerusi Ketua Menteri Melaka. YB Helmy the best calon utk sandang KM position. Sumpah Melaka akan lebih Maju dibawah pimpinan YB,” kata Aravind Palaniandy.

Mohd. Noor Helmy sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka selepas memenangi kerusi DUN Duyong pada PRN Melaka terdahulu. – KOSMO! ONLINE

The post PRN Melaka: Puasa, sembahyang khas demi YB Duyong dipilih semula appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved