PRN Melaka: Rundingan Pas-BN belum muktamad

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 1:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Melaka: Rundingan Pas-BN belum muktamad

KOTA BHARU: Rundingan kerjasama antara Pas dengan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih berjalan dan belum mencapai kata putus atau muktamad.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan terus mengadakan perbincangan dengan BN mengikut situasi dan keadaan semasa.

“Perundingan masih berjalan, lagipun Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka belum dibubarkan. Jadi semuanya dalam proses.

“Bubar DUN pun tak tahu bila lagi,” katanya selepas menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Pas Kali-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, rundingan kerjasama dengan parti-parti lain yang mempunyai kekuatan sokongan orang Melayu turut menjadi keutamaan Pas.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Pas akan memuktamadkan rundingan kerjasama dengan BN selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan bagi menghadapi PRN berkenaan. – UTUSAN

 

The post PRN Melaka: Rundingan Pas-BN belum muktamad appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved