PRN Melaka: Tuan Ibrahim dakwa PH gerun dengan penyatuan BN-PN

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 7:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Tuan Ibrahim dakwa PH gerun dengan penyatuan BN-PN
Tuan Ibrahim berucap pada Majlis Pengumuman Calon PN PRN Melaka di Dewan Muallim Haji Abdul Wahid, Bukit Katil di sini malam Khamis.

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) sangat gerun dengan penyatuan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana kerjasama itu mampu memberikan kemenangan besar kepada gabungan itu.

"Rata-rata masyarakat kita sangat mengharapkan penyatuan ummah ini akan terus diperkasakan hingga kita mampu membentuk suasana baharu politik kita dengan penyatuan ini.

"Insya-ALLAH dengan kekuatan yang kita ada, gabungan jentera seluruh negara, saya mengambil kesempatan awal untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh saf kepimpinan PN semua parti komponen yang menggerakkan jenteranya untuk memastikan kemenangan kita dalam PRN ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PN PRN Melaka di Dewan Muallim Haji Abdul Wahid, Bukit Katil di sini malam Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada seluruh jentera parti supaya mengenepikan sebarang isu remeh-temeh sepanjang tempoh berkempen dan tidak terpengaruh dengan agenda yang diusahkan oleh pihak tertentu.

"Kita tahu cabaran AI sangat besar hari ini. Pelbagai media akan digunakan dalam bentuk macam-macam.

"Tujuannya untuk menimbulkan keraguan dalam kalangan penyokong parti, mempertikaikan keputusan, mempertikaikan calon, korek rahsia dan cari apa yang tiada sekali pun untuk memburukkan calon-calon kita," katanya.

Tambahnya lagi, semua ahli parti diharap dapat menerima calon yang telah diputuskan oleh parti kerana ia merupakan calon yang terbaik dipilih untuk rakyat.

Jelasnya, setiap calon telah pun melalui proses tapisan di peringkat Majlis Syura Ulama.

"Pas memang terkenal sebagai parti yang ahlinya taat dan patuh kepada keputusan parti.

"Bila parti sudah buat keputusan, suka atau tak suka kena taat, patuh, sekali mana tidak diarah kepada perkara maksiat," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved