PRN Melaka: Penggantungan PN bermotif politik, agenda PH - Dominic Lau

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 9:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Penggantungan PN bermotif politik, agenda PH - Dominic Lau
Dominic Lau berucap pada Majlis Pengumuman Calon PN PRN Melaka di sini pada malam Khamis.

MELAKA - Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mendakwa, penggantungan Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) merupakan agenda Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, penggantungan itu dibuat pada 23 September, iaitu tarikh yang sama dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

"Seperti kita tahu 23 September DUN Melaka telah dibubarkan. Tapi saya nak mengingatkan semua, 23 September juga PN telah digantung.

"Mengapa pada masa ini baru PN digantung? Ini memang niat yang sangat jahat. Ini keputusan politik, ini memang agenda bagi PH," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PN PRN Melaka di sini pada malam Khamis.

Menurutnya, beliau tidak terkejut dengan tindakan tersebut kerana sememangnya telah menjangkakannya.

Dakwanya lagi, ia juga bertujuan memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat kekal sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua.

"Ada ramai media tanya saya, adakah saya terkejut apabila terima berita bahawa PN telah digantung?

"Saya kata tak terkejut. Ini memang dalam jangkaan kita. Bukan kita cerdik, tetapi untuk makluman, pada 16 Ogos ketika Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Melaka, salah satu agenda mereka bagaimana nak kekalkan Anwar menjadi Perdana Menteri penggal kedua," katanya.

Sementara itu pada majlis berkenaan, seorang calon daripada parti itu iaitu Datuk Seri Michael Gan Peng Lam diumumkan bertanding di DUN Ayer Keroh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved