PRN N. Sembilan: Calon PH diseru terus bermunajat

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 9:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN N. Sembilan: Calon PH diseru terus bermunajat

LINGGI – Semua calon Pakatan Harapan (PH) yang beragama Islam digesa memperbanyakkan munajat dan doa menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, esok.

Calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, usaha berkempen perlu disusuli dengan penyerahan kepada Allah SWT bagi memohon keputusan terbaik buat parti itu.

“Kita masih mempunyai beberapa jam sebelum kempen tamat. Dalam tempoh akhir ini, tumpuan akan diberikan kepada kempen menerusi media sosial, namun pada masa sama semua calon (Islam) jangan lupa terus bermunajat,” katanya pada program Linggi Bermunajat di Dewan Orang Ramai Linggi di sini, malam tadi.

Menurut Aminuddin, keyakinan PH semakin meningkat, namun pihaknya tetap reda dengan apa juga keputusan yang bakal ditentukan. – KOSMO! ONLINE

The post PRN N. Sembilan: Calon PH diseru terus bermunajat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved