PRN N. Sembilan: Tak puas hati laporan portal, lelaki buat laporan polis

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 10:57 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN N. Sembilan: Tak puas hati laporan portal, lelaki buat laporan polis

SEREMBAN – Polis membuka satu kertas siasatan selepas menerima laporan berhubung dakwaan penyiaran laporan sebuah portal berita mengenai ucapan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika berkempen di Jempol.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Datuk Alzafny Ahmad berkata, laporan itu dibuat oleh seorang lelaki berusia 40 tahun di Bandar Seri Jempol, semalam kerana tidak berpuas hati terhadap kandungan laporan yang disiarkan portal berita Malaysiakini berkaitan ucapan pemimpin berkenaan dalam Program Ceramah Perdana di Jempol.

Menurut beliau, susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan dijalankan kerana disyaki mengeluarkan, membuat, menerbitkan atau mengedarkan kenyataan, khabar angin atau berita yang boleh mendatangkan khianat awam,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Alzafny berkata, kes berkenaan adalah satu daripada dua kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya yang dibuka semalam dan satu lagi kes membabitkan insiden dua bendera dan sekeping kain bunting Pakatan Harapan (PH) yang dibakar di Felda Lui Timur.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 35 tahun membuat laporan polis selepas menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan dua bendera dan sekeping kain bunting PH yang dipasang berhampiran sebuah tadika di kawasan Felda Lui Timur didapati mempunyai kesan terbakar.

The post PRN N. Sembilan: Tak puas hati laporan portal, lelaki buat laporan polis appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved