
SEREMBAN - Dua pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) dilaporkan tewas dalam usaha mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berdasarkan keputusan tidak rasmi.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah apabila ditewaskan calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon, dengan majoriti 688 undi.
Pertembungan di DUN Chennah antara yang menjadi tumpuan dalam PRN kali ini, memandangkan Loke sebelum ini memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,200 undi pada pilihan raya negeri lalu.
Sementara itu, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, turut mengalami kekalahan dalam usahanya untuk kembali menganggotai Dewan Undangan Negeri apabila gagal menawan kerusi DUN Linggi.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu sebelum ini mewakili DUN Sikamat selepas memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,662 undi pada pilihan raya lalu.
Beliau bagaimanapun memilih untuk bertanding di Linggi pada PRN kali ini.
Kerusi DUN Linggi menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon BN, PH dan Bersatu.
Penyandangnya, Datuk Mohd Faizal Ramli, serta calon Bersatu, Datuk Zamri Md Said, turut bertanding di kerusi berkenaan. - Getaran, 1 Ogos 2026


![[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Amanah gagal pertahan Klawang, pulang tangan kosong](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602506.webp)
![[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Bersatu kalah di semua kerusi, gagal pertahan Gemas dan Labu](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602482.webp)
![[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Kejayaan sulung parti Hamzah, Wawasan menang tiga kerusi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602477.webp)

