PRN Negeri Sembilan: 318 pegawai, anggota Polis Johor bantu hari mengundi

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 12:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: 318 pegawai, anggota Polis Johor bantu hari mengundi
Ab Rahaman ketika berucap pada majlis pelepasan petugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Khamis.
Image from: PRN Negeri Sembilan: 318 pegawai, anggota Polis Johor bantu hari mengundi
Ab Rahaman mengibarkan bendera sebagai simbolik majlis pelepasan petugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Khamis.

JOHOR BAHRU - Seramai 318 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor akan membantu kelancaran hari mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Sabtu ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, ia melibatkan 290 anggota tugas am dan 28 anggota trafik yang mula bergerak ke Negeri Sembilan hari ini.

“Penugasan berkenaan merupakan sebahagian peranan polis bagi memastikan proses demokrasi negara berlangsung aman, selamat dan teratur.

“Polis Johor membantu kontinjen Negeri Sembilan hari ini dan dijangka tamat dua hari selepas hari mengundi,” katanya ketika berucap pada majlis pelepasan petugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Khamis.

Beliau berkata, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menerusi Op Cantas turut berada dalam keadaan bersedia untuk diatur gerak bila-bila masa jika diperlukan.

“Semua yang bertugas diingatkan agar mematuhi setiap arahan pegawai pemerintah, mengekalkan sikap neutral dan sentiasa mengutamakan keselamatan.

“Meskipun berbeza kontinjen dan formasi, kita tetap bergerak sebagai satu pasukan dengan matlamat iaitu memastikan proses pilihan raya berjalan lancar dan terkawal,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada polis Johor susulan kejayaan mengendalikan PRN Johor ke-16 yang berlangsung tenteram dan terkawal.

"Semasa PRN Johor, pihak polis menerima 130 laporan dan membuka 27 kertas siasatan.

“Ia melibatkan 20 kes khianat bahan kempen di bawah Seksyen 426, 427 dan 435 Kanun Keseksaan, empat kes di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, serta masing-masing satu kes bagi fitnah (Seksyen 500 Kanun Keseksaan), menerbitkan berita palsu (Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan) dan Akta Hasutan 1948," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved