PRN Negeri Sembilan: Calon BN Dun Chuah Buat Laporan Polis Susulan Video Tular Dakwa ‘Beli Undi’

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 10:36 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum tibanya hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sembilan pada 1 Ogos nanti.

Sudah pastilah calon dari parti politik giat berkempen pada saat akhir bagi memenangi hati pengundi.

Namun sejak semalam (29 Julai), tular di media sosial video yang mendakwa seorang calon dari sebuah parti politik membeli undi.

Calon BN DUN Chuah Buat Laporan Polis, Video Didakwa Cubaan Fitnah & Rosak Reputasi

Terbaharu, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan, Pau Jeou Ching atau juga dikenali sebagai Ah Pau membuat laporan polis susulan video tular yang dikaitkan dengan dirinya yang didakwa mengagihkan duit dan ‘handbill’.

Jelas Ah Pau, video berkenaan disifatkan sebagai cubaan untuk memfitnah serta merosakkan reputasinya.

“Setelah menyedari mengenai kewujudan video tular ini, saya segera menyerahkannya kepada pihak polis untuk siasatan susulan.

“Memandangkan video itu jelas merakam mereka yang hadir, maka ia pastinya memudahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan menyeluruh seterusnya mendedahkan kebenaran,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ah Pau Kutuk Cubaan Fitnah & Guna Teknologi Untuk Kelirukan Orang Ramai

Pada masa sama, Ah Pau turut mengutuk sekeras-kerasnya sebarang percubaan fitnah serta perbuatan sengaja memanipulasi rakaman atau penggunaan teknologi yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Orang ramai diseru supaya tidak terpedaya dengan fitnah dan menghentikan penyebaran berita palsu serta memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial video yang memaparkan orang ramai beratur di sebuah restoran di Chuah yang didakwa untuk menerima wang imbuhan dari sebuah parti politik sempena pilihan raya.

View on Threads
Image from: PRN Negeri Sembilan: Calon BN Dun Chuah Buat Laporan Polis Susulan Video Tular Dakwa ‘Beli Undi’

Calon PH Chuah Turut Buat Laporan Polis

Selain Ah Pau, calon Pakatan Harapan (PH) Chuah, Datuk Yew Boon Lye turut terkesan apabila dikaitkan dengan video tersebut.

Yew bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkannya dengan video tular terbabit.

Malah, Yew turut membuat laporan polis serta menegaskan bahawa dia tidak pernah terlibat, merestui atau mengarahkan mana-mana individu untuk menawarkan wang mahupun imbuhan demi meraih undian.

“Saya sentiasa menentang sekeras-kerasnya politik wang dan perbuatan membeli undi.

“Menggunakan wang untuk mempengaruhi pilihan pengundi bukan sahaja melanggar undang-undang pilihan raya, malah mencabuli hak pengundi untuk membuat pilihan secara bebas serta merosakkan keadilan dan maruah sistem demokrasi,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: PRN Negeri Sembilan: “Belum Apa-Apa Dah Berebut” – Anwar Tempelak Sikap Ghairah Pihak Tertentu Rebut Jawatan MB

Baca Artikel Berkaitan: PRN Negeri Sembilan: Senarai Calon Pakatan Harapan, Barisan Nasional & Perikatan Nasional

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved