
SHAH ALAM, 1 OGOS: Dua pemimpin kanan Pakatan Harapan (HARAPAN), Anthony Loke dan Datuk Seri Aminuddin Harun, tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah selepas tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 8.51 malam, Loke memperoleh 4,413 undi, manakala Siow yang mewakili MCA mendapat 5,522 undi.
Loke menyandang kerusi DUN Chennah sejak 2013.
Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, tewas dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Linggi.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, beliau kalah kepada calon BN, Datuk Mohd Faizal Ramli, yang berjaya mempertahankan kerusi berkenaan.
Seorang lagi calon yang bertanding ialah Datuk Zamri Md Said daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Aminuddin sebelum ini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat selama empat penggal sebelum berpindah bertanding di DUN Linggi.

![[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Amanah gagal pertahan Klawang, pulang tangan kosong](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602506.webp)
![[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Bersatu kalah di semua kerusi, gagal pertahan Gemas dan Labu](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602482.webp)
![[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Kejayaan sulung parti Hamzah, Wawasan menang tiga kerusi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602477.webp)


