PRN Negeri Sembilan: PH akan teruskan pentadbiran bersih, berintegriti sekiranya diberi mandat - Anwar

LocalPolitics
24 Jul 2026 • 10:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: PH akan teruskan pentadbiran bersih, berintegriti sekiranya diberi mandat - Anwar
Anwar. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, pada 1 Ogos ini.

Menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH, memohon pertimbangan dan kepercayaan rakyat Negeri Sembilan untuk terus memberikan mandat yang lebih kukuh kepada PH.

"Kepada ALLAH SWT kita berserah,” kata beliau menerusi hantaran yang turut disertakan dengan petikan Surah Al Ma’idah, mengenai keperluan untuk saling bantu membantu dalam melakukan kebaikan serta mengelakkan permusuhan.

Pada PRN kali ini, PH bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyaksikan 16 calon daripada PKR, 11 mewakili DAP manakala Amanah, sembilan.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 28 Julai, manakala 1 Ogos sebagai hari mengundi.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved