PRN Negeri Sembilan Sah 1 Ogos! Ini Tarikh Penamaan Calon Dan Hari Mengundi

LocalPolitics
12 Jun 2026 • 3:34 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 1 Ogos 2026 (Sabtu) sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Negeri Sembilan Ke-16 (PRN Negeri Sembilan).

Keputusan tersebut diumumkan selepas Mesyuarat Khas SPR pada 12 Jun 2026, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15. Pilihan raya kali ini akan melibatkan pengisian 36 kerusi Dewan Negeri Negeri Sembilan bagi memilih wakil rakyat dan membentuk kerajaan negeri untuk penggal baharu.

Berikut adalah maklumat lengkap yang perlu diketahui oleh pengundi menjelang PRN Negeri Sembilan 2026.

Artikel berkaitan: PRN Johor Bermula! SPR Tetapkan 11 Julai Sebagai Hari Mengundi

Tarikh-Tarikh Penting PRN Negeri Sembilan 2026

SPR telah menetapkan beberapa tarikh penting bagi melancarkan proses pilihan raya negeri tersebut.

prn negeri sembilan
Sumber: Bernama TV
PerkaraTarikh
Tarikh Writ Pilihan Raya12 Jun 2026 (Jumaat)
Hari Penamaan Calon18 Julai 2026 (Sabtu)
Hari Pengundian Awal28 Julai 2026 (Selasa)
Hari Mengundi1 Ogos 2026 (Sabtu)

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas penamaan calon pada 18 Julai 2026 sehingga pukul 11.59 malam pada 31 Julai 2026.

@501awani

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor pada 11 Julai 2026 manakala Negeri Sembilan 1 Ogos 2026, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun. AWANInews

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾
Kredit: Tiktok @501awani

Kenyataan Media SPR

URUSAN PILIHAN RAYA UMUM DEWAN NEGERI JOHOR KE-16 DAN PILIHAN RAYA UMUM DEWAN NEGERI NEGERI SEMBILAN KE-16

Image from: PRN Negeri Sembilan Sah 1 Ogos! Ini Tarikh Penamaan Calon Dan Hari Mengundi
Image from: PRN Negeri Sembilan Sah 1 Ogos! Ini Tarikh Penamaan Calon Dan Hari Mengundi
Image from: PRN Negeri Sembilan Sah 1 Ogos! Ini Tarikh Penamaan Calon Dan Hari Mengundi
Image from: PRN Negeri Sembilan Sah 1 Ogos! Ini Tarikh Penamaan Calon Dan Hari Mengundi
Image from: PRN Negeri Sembilan Sah 1 Ogos! Ini Tarikh Penamaan Calon Dan Hari Mengundi
Image from: PRN Negeri Sembilan Sah 1 Ogos! Ini Tarikh Penamaan Calon Dan Hari Mengundi
Image from: PRN Negeri Sembilan Sah 1 Ogos! Ini Tarikh Penamaan Calon Dan Hari Mengundi
Image from: PRN Negeri Sembilan Sah 1 Ogos! Ini Tarikh Penamaan Calon Dan Hari Mengundi
Image from: PRN Negeri Sembilan Sah 1 Ogos! Ini Tarikh Penamaan Calon Dan Hari Mengundi
Image from: PRN Negeri Sembilan Sah 1 Ogos! Ini Tarikh Penamaan Calon Dan Hari Mengundi
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

36 Kerusi DUN Akan Dipertandingkan

PRN Negeri Sembilan Ke-16 akan melibatkan pertandingan bagi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri.

Bagi memantau aktiviti kempen dan memastikan pematuhan peraturan pilihan raya, SPR akan menubuhkan 36 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang melibatkan wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon yang bertanding.

Hampir 900,000 Pengundi Layak Mengundi

Menurut SPR, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan bagi PRN Negeri Sembilan Ke-16 mengandungi seramai 889,490 orang pemilih.

Jumlah tersebut terdiri daripada:

  • 867,151 pengundi biasa
  • 16,884 anggota tentera serta pasangan
  • 5,455 anggota polis

Jumlah ini akan menentukan barisan wakil rakyat yang bakal membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya berlangsung.

439 Pusat Mengundi Akan Dibuka Di Seluruh Negeri

Bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar, SPR akan menyediakan sebanyak 439 pusat mengundi di seluruh Negeri Sembilan.

Pecahan pusat mengundi adalah seperti berikut:

  • 401 pusat mengundi biasa
  • 38 pusat mengundi awal

Keseluruhannya melibatkan 1,738 saluran mengundi yang akan digunakan pada hari pengundian.

Selain itu, seramai 15,344 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan keseluruhan proses pilihan raya negeri ini.

Cara Semak Maklumat Pengundian

Pengundi boleh mula membuat semakan maklumat pengundian bermula 23 Jun 2026.

Maklumat yang boleh disemak termasuk:

  • Lokasi pusat mengundi
  • Saluran mengundi
  • Nombor bilangan pengundi

Semakan boleh dibuat melalui:

SPR memaklumkan bahawa talian hotline beroperasi setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam sehingga hari mengundi.

Permohonan Undi Pos Dibuka Kepada Pengundi Layak

SPR turut membuka permohonan undi pos kepada beberapa kategori pengundi yang layak.

Kategori 1A

(Petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media)

Tarikh tutup permohonan: 15 Julai 2026

Kategori 1B

(Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara)

Tarikh tutup permohonan: 10 Julai 2026

Kategori 1C

(Agensi atau organisasi)

Tarikh tutup permohonan: 10 Julai 2026

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal rasmi SPR di www.spr.gov.my.

Senarai DUN di Negeri Sembilan

Berikut adalah senarai DUN di Negeri Sembilan:

  • N.01 Chennah
  • N.02 Pertang
  • N.03 Sungai Lui
  • N.04 Klawang
  • N.05 Serting
  • N.06 Palong
  • N.07 Jeram Padang
  • N.08 Bahau
  • N.09 Lenggeng
  • N.10 Nilai
  • N.11 Lobak
  • N.12 Temiang
  • N.13 Sikamat
  • N.14 Ampangan
  • N.15 Juasseh
  • N.16 Seri Menanti
  • N.17 Senaling
  • N.18 Pilah
  • N.19 Johol
  • N20 Labu
  • N.21 Bukit Kepayang
  • N.22 Rahang
  • N.23 Mambau
  • N.24 Seremban Jaya
  • N.25 Paroi
  • N.26 Chembong
  • N.27 Rantau
  • N.28 Kota
  • N29 Chuah
  • N.30 Lukut
  • N.31 Bagan Pinang
  • N.32 Linggi
  • N.33 Sri Tanjung
  • N.34 Gemas
  • N.35 Gemencheh
  • N.36 Repah

Dewan Undangan Negeri Sembilan

DUN Negeri Sembilan diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh seorang Timbalan.

DUN Negeri Sembilan diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh seorang timbalan.Dewan Undangan Negeri Sembilan dianggotai oleh 36 orang individu yang mewakili bahagian pilihan raya masing-masing yang dipanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selain 36 orang anggopta terpilih, DUN Negeri Sembilan turut dianggotai secara ex-officio oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang.

Artikel berkaitan: Lagu Negeri Sembilan: Sejarah, Lirik, Audio & Video

Statistik PRN 2023

Berikut merupakan senarai kerusi yang dimenangi oleh calon dan parti politik pada PRN 2023 Negeri Sembilan yang lalu:

No.KawasanNamaParti
N01ChennahAnthony Loke Siew Fook  DAP
N02PertangDatuk Seri Jalaluddin Bin Alias BN
N03Sungai LuiMohd Razi Mohd Ali  BN
N04KlawangDatuk Bakri Bin Sawir  PH
N05SertingMohd Fairuz Bin Mohd Isa  PN
N06PalongMustapha Bin Nagoor BN
N07Jeram PadangDatuk Mohd Zaidy Bin Abdul Kadir   BN
N08BahauTeo Kok Seong  PH
N09LenggengMohd Asna Bin Amin  BN
N10NilaiArul Kumar Jambunathan  PH
N11LobakChew Seh Yong  PH
N12TemiangNg Chin Tsai  PH
N13SikamatDatuk Seri Aminuddin Bin Harun  PH
N14AmpanganTengku Zamrah Binti Tengku Sulaiman  PH
N15JuassehPuan Sri Bibi Sharliza Binti Mohd Khalid   BN
N16Seri MenantiMuhammad Sufian Bin Maradzi  BN
N17SenalingDatuk Ismail Bin Lasim   BN
N18PilahNoorzunita Begum Binti Mohd Ibrahim  PH
N19JoholSaiful Yazan Sulaiman  BH
N20LabuMohamad Hanifah Bin Abu Baker  PH
N21Bukit KepayangTan Lee KoonPH
N22RahangSian Meow Kong  PH
N23MambauYap Yew Weng  PH
N24Seremban JayaGunasekaren Palasamy  PH
N25ParoiKamarol Ridzuan Bin Mohd Zain  PN
N26ChembongDatuk Zaifulbahri Bin Idris  BN
N27RantauDatuk Seri Mohamad Bin Hasan  BN
N28KotaSuhaimi Bin Aini BN
N29ChuahYew Boon Lye  PH
N30LukutChoo Ken Hwa  PH
N31Bagan PinangAbdul Fatah Bin ZakariaPN
N32LinggiDatuk Mohd Faizal Bin Ramli  BN
N33Sri TanjungDr G. Rajasekaran  PH
N34GemasRidzuan Bin Ahmad  PN
N35GemenchehSuhaimizan Bin Bizar  BN
N36RepahVeerapan SuperamaniamPH

Maklumat rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri boleh diperolehi melalui Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan.

Soalan Lazim (FAQ) PRN Negeri Sembilan 2026

Bilakah hari mengundi bagi PRN Negeri Sembilan 2026?

Hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Negeri Sembilan Ke-16 ditetapkan pada 1 Ogos 2026 (Sabtu).

Bilakah hari penamaan calon?

Hari penamaan calon akan berlangsung pada 18 Julai 2026 (Sabtu).

Bilakah pengundian awal akan diadakan?

Pengundian awal ditetapkan pada 28 Julai 2026 (Selasa).

Berapa lama tempoh berkempen bagi PRN Negeri Sembilan?

Tempoh berkempen adalah selama 14 hari, bermula selepas penamaan calon pada 18 Julai 2026 sehingga pukul 11.59 malam pada 31 Julai 2026.

Berapa banyak kerusi DUN yang dipertandingkan?

Sebanyak 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan dalam PRN Negeri Sembilan Ke-16.

Berapa jumlah pengundi yang layak mengundi?

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRN Negeri Sembilan Ke-16 mengandungi 889,490 orang pemilih.

Bilakah semakan maklumat pengundian boleh dibuat?

Semakan maklumat pengundian boleh dibuat mulai 23 Jun 2026 (Selasa).

Bagaimana cara menyemak pusat mengundi dan saluran mengundi?

Pengundi boleh membuat semakan melalui:
Portal MySPR Semak (mysprsemak.spr.gov.my)
Aplikasi MySPR Semak
Hotline SPR di talian 03-8892 7218

Berapa jumlah pusat mengundi yang akan dibuka?

Sebanyak 439 pusat mengundi akan digunakan di seluruh Negeri Sembilan, termasuk pusat mengundi biasa dan pusat mengundi awal.

Bilakah tarikh tutup permohonan undi pos?

Tarikh tutup permohonan undi pos adalah:
Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, SPR, Polis, Tentera dan Media): 15 Julai 2026
Kategori 1B (Warganegara Malaysia di luar negara): 10 Julai 2026
Kategori 1C (Agensi/Organisasi): 10 Julai 2026

Di manakah permohonan undi pos boleh dibuat?

Permohonan undi pos boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi SPR di www.spr.gov.my