PRN NS: Cuaca diramal baik sebelah pagi, hujan dan ribut petir petang esok

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 11:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN NS: Cuaca diramal baik sebelah pagi, hujan dan ribut petir petang esok
Para petugas SPR melakukan persiapan akhir bagi penyediaan kit peralatan mengundi menjelang hari pengundian esok sempena PRN Negeri Sembilan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Wisma Majlis Bandaraya Seremban, hari ini. Foto Bernama

SEREMBAN - Cuaca di hampir seluruh Negeri Sembilan dijangka baik pada sebelah pagi pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, esok.

Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kebanyakan kawasan di tujuh daerah, iaitu Seremban, Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Tampin, Port Dickson dan Rembau dijangka cerah dari pagi hingga tengah hari.

Bagaimanapun, pada sebelah petang, kebanyakan kawasan di negeri itu dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir.

Sebanyak 401 tempat mengundi akan dibuka serentak dari 8 pagi hingga 6 petang esok, melibatkan sekolah, balai raya, dewan dan kolej.

Sebanyak 867,151 pemilih biasa akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat, dengan 103 calon bertanding bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pakatan Harapan (PH) bertanding di kesemua 36 kerusi DUN, diikuti Barisan Nasional (BN) (25), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (24), Perikatan Nasional (PN) (11) dan empat calon Bebas, manakala Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing menampilkan seorang calon. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved