Nurul Izzah rayu beri undi kepada PH, kekalkan Aminuddin di Negeri Sembilan

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 5:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, menyeru seluruh pengundi di Negeri Sembilan agar keluar mengundi esok dan memberikan mandat kepada calon-calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Image from: Nurul Izzah rayu beri undi kepada PH, kekalkan Aminuddin di Negeri Sembilan

Memetik laporan BERNAMA, Nurul Izzah berkata, memberi sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi amat penting bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan.

“Kita perlukan dukungan semua. Saya faham ini antara pertandingan yang sangat sengit. Ini adalah sesuatu yang hanya boleh diputuskan pengundi di Negeri Sembilan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyertai Program Ziarah Kasih dengan menziarahi keluarga seorang pesakit yang dijangkiti virus Japanese Encephalitis (JE) bersama calon PH bagi DUN Chuah, Datuk Yew Boon Lye, di Bukit Pelandok, hari ini.

Mengulas mengenai kempen di DUN Chuah, Nurul Izzah berkata PH terus memperhebat usaha mendekati pengundi walaupun kawasan itu sebelum ini dianggap antara kubu kuat gabungan berkenaan. Menurutnya, saingan kali ini tidak boleh dipandang ringan.

Pada masa sama, beliau menggesa pengundi supaya tidak mudah terpengaruh dengan fitnah yang dimainkan pihak tertentu. Sebaliknya, katanya, mereka perlu menilai rekod perkhidmatan serta prestasi calon-calon PH yang telah lama berkhidmat di kawasan masing-masing.

Image from: Nurul Izzah rayu beri undi kepada PH, kekalkan Aminuddin di Negeri Sembilan

Beliau turut menjelaskan Aminuddin, selaku calon PH di DUN Linggi dan pemimpin utama negeri, telah memberikan penjelasan terhadap pelbagai tuduhan yang dibangkitkan, selain terus memberi tumpuan kepada isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

“Kita kena selesaikan dan alhamdulillah bila ada pertembungan, sekurang-kurangnya negeri bawah PH dapat diserlahkan prestasi,” ujarnya.

Kerusi DUN Chuah menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PH, Datuk Yew Boon Lye, dan calon Barisan Nasional (BN), Ah Hau.

Artikel lain: PRN Negeri Sembilan: PH parti tawarkan harapan bukan kebencian – Fahmi Fadzil

Difahamkan, seramai 859,760 pemilih berdaftar, termasuk 7,391 pengundi pos, akan menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat di 36 kerusi DUN.

Pada PRN kali ini, PH bertanding di semua 36 kerusi, diikuti BN (25 kerusi), Bersatu (24 kerusi), Perikatan Nasional (PN) (11 kerusi), selain empat calon Bebas. Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula masing-masing meletakkan seorang calon.

Smber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved