
Telah 2 tahun berlalu sejak jenama Proton e.MAS diperkenalkan Pro-NET. Sejak Jun 2024, bermula dengan Proton e.MAS 7 iaitu EV SUV kelas C, seterusnya Proton e.MAS 5 iaitu EV kelas B pada Oktober 2025 sehinggalah awal tahun ini Proton e.MAS 7 PHEV telah mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Sehingga kini lebih dari 40,000 unit Proton e.MAS telah berjaya dijual dan pada hari ini sewaktu acara meraikan penghantaran unit ke 40,000, mereka turut berkongsi beberapa promosi terkini.

Menggunakan paparan inforia Proton e.MAS dan juga aplikasi Proton e.MAS lebih dari 5,100 titik pengecasan boleh diakses dan turut merangkumi 12 penyedia pengecasan. Ini sekaligus memudahkan pemilik Proton e.MAS untuk mengecas kereta mereka di pelbagai lokasi. Dan sokongan untuk pemilik juga bertambah dengan lebih banyak lokasi penjualan dan bengkel membaikpulih di seluruh Malaysia.

Bagi meraikan pencapaian ini, Pro-NET mengumumkan beberapa promosi khas untuk pemilik dan juga bakal pemilik Proton e.MAS. Antaranya:
- Rebat tambahan RM 1,000 untuk tukar-beli dari Carsome
- diskaun 10% untuk penyelenggaran
- kad Touch n’ Go edisi khas untuk 1000 pemilik terawal yang melakukan penyelenggaraan
- diskaun pengecasan 40% untuk 4 hari
- kadar pengecasan khas RM 1.20 / kWh dari DC Handal
- diskaun RM 5,000 untuk pemasangan sistem solar Huawei FusionSolar


Selain dari itu, mereka turut berkongsi mengenai pengecas berjenama mereka yang akan menemui pengguna tidak lama ini. Malah bagi menggalakkan penggunalan EV Proton e.MAS, mereka bekerjasama dengan PASSGO membolehkan pemilik e.MAS memandu dan mendapatkan mata ganjaran berdasarkan jarak pemanduan mereka. Mata ganjaran ini boleh digunakan di platform popular seperti Grab, Touch ‘n Go, dan juga Lazada.


![[VIDEO] Proton Iswara ‘mendunia’, muncul dalam klip promosi iPhone 18 Pro](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/iswara-1024x575.jpeg)
