Produk tak berdaftar: Syarikat didenda RM3,000

30 Jul 2022 • 12:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sebuah syarikat didenda RM3,000 atau penjara 30 hari kerana mempunyai produk jualan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Oni Global (Malaysia) Sdn Bhd selepas wakilnya mengaku kepada pertuduhan terhadap syarikat itu.

Syarikat itu didapati memiliki 21 unit Trimax Omega-3 Fish Oil yang tidak berdaftar pada pukul 12 tengah hari 4 Mei 2021 di premis syarikat di City Mall, di sini.

Kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 64 tahun didakwa menggaji seorang pendatang tanpa izin.

Tan Chen Kok mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kepada pertuduhan terhadapnya.

Dia didakwa mengupah warga Filipina berusia 30 tahun itu pada pukul 1.20 tengah hari pada 17 Mac tahun ini di Pusat Refleksologi Tung Fong di KK Taipan Inanam, dekat sini.

Mahkamah menetapkan 25 Ogos untuk pengurusan kes dan 12 Jun untuk perbicaraan kes.

Sementara menunggu tarikh itu, Tan dilepaskan dengan ikat jamin RM5,000 berdeposit RM2,500 dan dua penjamin tempatan.

Kesalahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM10,000 dan RM50,000, atau kedua-duanya, bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Abdul Lamit dari Jabatan Imigresen mencadangkan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin tempatan.

Bagaimanapun, peguam Cedric Chiu yang mewakili Tan, memohon jumlah jaminan dikurangkan memandangkan Tan bukan risiko melarikan diri kerana isterinya ialah warga tempatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.