Profesor ‘tewas’ kepada ChatGPT

LocalTechnology
31 Oct 2026 • 9:24 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Profesor ‘tewas’ kepada ChatGPT

SHAH ALAM – Profesor semakin hilang tempat sebagai sumber ilmu utama apabila mahasiswa kini beralih kepada ChatGPT yang diangkat sebagai ‘guru baharu’ dalam pencarian pengetahuan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, perkembangan itu mencetuskan cabaran baharu kepada institusi pengajian tinggi apabila mahasiswa berdepan risiko terlalu bergantung kepada kecerdasan buatan (AI) sehingga mengabaikan proses mendalami ilmu.

“Kalau dulu sering kali kita tahu bahawa mereka yang menguasai ilmu ialah para profesor kita, hari ini pelajar-pelajar kita sudah tidak lagi
menganggap profesor itu sebagai sumber utama ilmu mereka.

“Sebaliknya mereka mempunyai guru yang baru iaitu guru yang mereka panggil “Guru ChatGPT”. Inilah cabaran kita juga sebenarnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Akademik ke-17 di sini, malam tadi.

Zambry berkata, fenomena itu turut disentuh dalam buku terbaharu tulisan James Marriott berjudul The New Dark Ages yang membincangkan kemunculan masyarakat pascaliterasi atau post-literate society.

Katanya, masyarakat pascaliterasi bukan merujuk kepada golongan yang tidak mempunyai akses kepada maklumat, sebaliknya mereka yang semakin kehilangan keupayaan mendalami ilmu.

“Kewujudan AI, generative AI, dan lain-lain yang boleh mampu untuk bertindak, memikir, menyelesaikan permasalahan yang ada di kalangan kita, sehinggakan dari segi keseriusan untuk kita benar-benar mendalami sesuatu ilmu itu sudah tidak nampak lagi untuk satu tempoh
masa yang akan datang,” ujarnya.

Mengulas lanjut, penggunaan teknologi pendidikan atau EdTech juga menimbulkan persoalan mengenai kesannya terhadap penguasaan ilmu dan kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan pelajar.

“Tentunya kita mahu melahirkan para pelajar kita, mahasiswa generasi kita yang mempunyai pemikiran, kemampuan berfikir, dan juga kemampuan berkomunikasi yang baik dan dalam masa yang sama mereka menjadi manusia yang baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Profesor ‘tewas’ kepada ChatGPT appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved