F1: Antonelli enggan menunggu lama

30 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: Antonelli enggan menunggu lama

MEXICO CITY – Pemandu Mercedes, Andrea Kimi Antonelli berpeluang melakar sejarah sebagai juara dunia termuda Formula Satu (F1) apabila turun beraksi pada Grand Prix (GP) Mexico di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez, hujung minggu ini.

Pelumba berusia 20 tahun itu bukan sahaja berpeluang mencipta rekod baharu, malah mampu menamatkan penantian Itali untuk memiliki juara dunia F1 sejak Alberto Ascari melakukannya pada 1953.

Antonelli kini selesa menerajui carta teratas kejuaraan dengan kelebihan 123 mata selepas memenangi sembilan daripada 18 perlumbaan musim ini, sekali gus meletakkan dirinya selangkah untuk bergelar juara dunia.

Lebih menarik, Antonelli hanya perlu menamatkan perlumbaan Ahad ini dalam kelompok sembilan terbaik untuk mengesahkan kejuaraan, manakala peluangnya turut terbuka sekiranya rakan sepasukan, George Russell atau pemandu Ferrari, Lewis Hamilton gagal memenangi perlumbaan.

Prinsipal Mercedes, Toto Wolff, mengakui peluang anak buahnya itu untuk menjulang kejuaraan kini hampir pasti, namun menegaskan Antonelli masih perlu menyelesaikan tugasnya di litar.

“Peluangnya mungkin 99.9 peratus, tetapi dia masih perlu menamatkan tugas ini,” katanya.

Bagi Antonelli, fokus utamanya adalah mengekalkan pendekatan sama seperti perlumbaan sebelum ini, dengan menyasarkan kemenangan bagi melengkapkan musim cemerlangnya.

“Saya akan turun dengan pendekatan mentaliti yang sama, cuba menikmati perlumbaan sebanyak mungkin dan berharap dapat bersaing untuk satu lagi kemenangan.

“Cara terbaik untuk menamatkan musim ini adalah dengan keputusan yang membanggakan, dan itulah sasaran saya,” katanya.

Selain perebutan kejuaraan dunia, perhatian turut terarah kepada persaingan kejuaraan pengeluar apabila Mercedes berpeluang mengukuhkan kedudukan, walaupun peluang untuk mengesahkan gelaran itu pada hujung minggu ini dilihat lebih sukar. – AGENSI

The post F1: Antonelli enggan menunggu lama appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved